Story cover for Bukan Kisah Terindah (PBAKL 2023)- Sudah Terbit Jualan online sahaja.  by LuvisEija84
Bukan Kisah Terindah (PBAKL 2023)- Sudah Terbit Jualan online sahaja.
  • WpView
    Reads 24
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 12
  • WpView
    Reads 24
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 12
Ongoing, First published May 02, 2023
Perjalanan takdir, pilihannya bukan di tangan kita. 
"Semua orang nak yang terbaik dalam hidup, Dayah. Aku pun sama! Dulu... masa arwah abah aku masih ada, hidup kami senang. Aku tak payah nak fikir soal duit. Soal hari ini nak makan apa! Yang aku fikir hanya seronok dan bina cita-cita sebanyak yang mungkin. Tapi, bila abah dah tak ada, hidup aku... ibu dan Fajar berubah seratus peratus." - Ufaira Fatina.
Itulah permulaan cerita perit buat seorang gadis bernama Ufaira Fatina. Selepas kematian bapanya, kehidupan mereka sekeluarga berubah hampir 360 darjah. Daripada hidup di rumah yang selesa di ibu kota, terpaksa berpindah ke rumah pusaka di kampung halaman ibunya. Bukan itu saja! Abahnya pergi meninggalkan sejumlah hutang yang menuntut pengorbanan darinya.
"Kalau kau nak ibu dan adik kau selamat, ikut kami! Kalau tidak, aku akan habiskan nyawa ibu dan adik kau. Kemudian, aku akan bawa kau pergi bersama-sama dengan kami." - Ah long. 
Pilihan apa yang dia ada? Demi menyelamatkan ibu dan adik kesayangannya, Ufaira menurut. Namun, tatkala mengetahui dirinya ingin dilacurkan, dia nekad untuk melarikan diri sehingga bertemu dengan seorang lelaki kacak; kacukan Cina-India, bernama Juan Lee. Kepada lelaki itulah dia mengantungkan harapan. Malangnya... apa yang berlaku sebaliknya.
Meraung air mata darah sekalipun, keadaan tidak akan berubah. Takdir hidup tetap perlu dijalani.
Tapi betullah... hati manusia, Allah yang genggam. Hidayah itu juga milik Allah. Dia berhak memberikan kepada sesiapa sahaja yang Dia mahu. Dan... pintu keampunan Allah itu sentiasa terbuka buat hamba-Nya yang ingin bertaubat. 
"Saya tak nak dengar apa-apa lagi. Kita lupakan semuanya dan bina hidup baharu. Bawa haluan masing-masing!" - Ufaira.
"Saya nak bina kehidupan baharu itu bersama awak, Faira." - Juan Lee.
Hati yang terluka, mana mungkin dapat dirawat sekelip mata. Mampukah Ufaira merawat luka itu? Dan adakah dia punya pilihan dalam takdirnya?

#romance #lovestory #melodrama #darkside
All Rights Reserved
Sign up to add Bukan Kisah Terindah (PBAKL 2023)- Sudah Terbit Jualan online sahaja. to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
Dara Pujaan Duda [His Heart's Desire] | TERBIT by hasyagrizelle
12 parts Complete
[TERBIT] Seperti embun pagi yang hilang disapa mentari, begitu jugalah kenangan lama yang cuba dipadam oleh Fahira Hazrin. Bertahun dia cuba bangkit, meyakinkan diri bahawa cinta tidak lagi perlu mengusik hatinya. Hingga akhirnya cinta yang dihulur tunangnya, Syarif Adham menyembuhkan luka lama akibat penghinaan yang pernah diterima. Namun, takdir jarang membiarkan seseorang melangkah dengan mudah. "After all, why did you get married to someone else even if you should be with someone else?" - Fahira Hazrin "Mungkin itu hanyalah sebuah kekhilafan yang tidak dapat aku elak." - Fayyad Firdaus Tatkala dia yakin masa lalu tidak lagi mampu menyentuhnya, muncul pula Fayyad Firdaus yang pernah mencuri hatinya dan menghancurkannya sekaligus, kini berdiri di hadapannya. Namun kehadiran Fayyad bukan sekadar sebuah pertemuan semula tetapi menjadi ujian kepada hatinya permulaan kepada ujian yang lebih besar. "Tolonglah, Airil. Jangan salah ertikan makna sebuah ikatan halal." - Fahira Hazrin "Aku tak salah ertikan makna ikatan tersebut, Fahira. Bila mana aku buat keputusan untuk memiliki kau, bermakna aku sanggup korbankan dan kehilangan segalanya yang aku ada dalam hidup aku demi kau." - Airil Muhammad Kemunculan Airil itu membuatkan Fayyad tanpa sedar menjadi pelindung yang tidak pernah diharapkan. Keseriusan dan ketegasan yang dulu hanya melukakan, kini berubah menjadi perisai yang menghalang Fahira daripada terus disakiti. Antara masa lalu dan masa kini, Fahira terperangkap dalam dilema. Setiap jawapan tentang cinta, kesetiaan, dan tanggungjawab yang diberikan Fayyad hanya menimbulkan lebih banyak persoalan. Adakah kisah cinta mereka berakhir dengan perpisahan atau kesempatan kedua itu benar-benar milik mereka? Mampukah Fahira menghapuskan ragu dan menerima cinta yang masih tersisa? "Kerana yang pertama akan kekal di memori tapi yang setia di sisi hingga hari ini, akan kekal di hati. Iaitu kau, Fahira." started date: 4 dec 22 end date: 26 march 23
DANISH HAZIQ : Her Psycho Husband [OG] by queenyikah_
29 parts Ongoing Mature
✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cintai bermesra dengan lelaki lain. Perasaan cemburu mula menguasai dirinya sehingga tidak sedar dia telah menyakiti wanita itu. "Aku dah cakap dah dekat kau jangan sesekali dekat dengan jantan lain selain aku. Tapi kenapa? Kenapa kau susah sangat nak dengar cakap aku ha, sayang?" - DANISH HAZIQ "Eish sayang, lepas lah! Sakit tahu tak!" - LYDIA MARISSA "Ouh kau tahu sakit? Tapi sakit lagi hati aku tengok kau dengan jantan lain tahu tak!" - DANISH HAZIQ Sanggupkah Lydia mempertahankan dirinya dengan lelaki itu? Lelaki yang kuat cemburu dalam segala hal bila berkaitan dengan lelaki? "Betul awak sayangkan saya?" - LYDIA MARISSA "Ya. Aku sayangkan kau. Sangat." - DANISH HAZIQ "Jadi lepaskan saya." - LYDIA MARISSA Dang! Terasa berat permintaan itu meniti keluar dari celahan bibir wanita yang dia sayang. Melepaskannya pergi? Adakah permintaan Lydia akan di tunaikan oleh Danish? "Aku terlampau sayangkan kau sampaikan perempuan dekat luar sana pun aku tak pernah rasa wujud dalam hidup aku. Hanya diri kau sahaja yang aku mahu, Lydia" - DANISH HAZIQ -------------------------------------------- ⚠️PEMBACA MATANG. ⚠️CERITA INI REKAAN SEMATA MATA. ⚠️CRINGE & KLISHE ⚠️HIDUP KEKADANG KENA CHILL JUGAK. SO JANGAN NAK TAKE SERIUS SANGAT. ⚠️IF ADA TYPO AND KESALAHAN TATABAHASA MAAFKAN SAYA SERTA ABAIKAN DAN CUBA FAHAMKAN. TAK FAHAM KOMEN. ‼️LARANGAN KERAS JIKA ANDA PLAGIAT KARYA SAYA. IDEA 100% DARI OTAK SAYA SENDIRI. JANGAN JADI OTAK LEMBU MALAS HENDAK BERFIKIR UNTUK KARANG CERITA. ---------------------- Start : 30 MAY 2023. End : 19 APRIL 2024.
Dia Kunci Kepada Pintu Hatiku [C] by qstnadamia
87 parts Complete Mature
Satu kejadian yang berlaku membuatkan kedua-dua insan itu bertemu. Nur Maisarah Azzahra seorang wanita yang baru sahaja menamatkan pelajaran dan sedang mencari pekerjaan. Dirinya yang dianggap serba tidak guna dan dibesarkan dengan penuh kebencian oleh darah daging sendiri. Kematian ibubapa diusia yang muda membuatkan Zahra membesar tanpa mengetahui apa itu rasa disayangi atau dicintai. Dirinya mengunci pintu hati bagi mengelakkan dari terluka. Tengku Mikhail Al-Fateh, seorang jejaka yang mengambil alih syarikat keluarganya setelah pulang dari negara itali. Dikelilingi oleh orang yang tersayang membuatkan dirinya menjadi seorang yang disenangi oleh ramai orang. Hidupnya yang dikelilingi oleh lelaki selain ibunya membuatkan Fateh menjadi kekok apabila bertemu dengan mana-mana wanita. Lebih mementingkan keluarga serta kerjayanya berbanding orang luar yang tiada kaitan dalam kehidupannya. Hadirnya Zahra dalam kehidupannya membuatkan jejaka itu menjadi tidak keruan. Tembok yang didirikan Zahra membuatkan Fateh ingin mengenali wanita itu dengan lebih lagi. "Jurang antara kita terlalu besar encik, bukan saya yang sepatutnya encik berikan kata-kata tersebut..." - Zahra "Awak takkan dapat ubah apa yang saya rasa zahra, hanya awak untuk saya..." - Fateh Takdir telah menemukan mereka semula dibawah satu ikatan. Fateh berusaha untuk meruntuhkan dinding yang berada diantara mereka. "Zahra taknak kecewakan abang, izinkan Zahra untuk berundur diri sebelum abang terluka..." - Zahra "Biarkan abang masuk dalam hati sayang, biar abang leraikan rantai yang membelit hati awak supaya abang dapat tunjuk yang hanya Nur Maisarah Azzahra akan menjadi bidadari syurga abang..." - Fateh Adakah takdir telah tertulis buat mereka? Apakah yang akan berlaku? Bolehkah Fateh membuka pintu hati Nur Maisarah Azzahra untuk mengenali apa itu cinta? Start: 24 September 2024 End: 1 September 2025
SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAH by yuyuaira
22 parts Complete
[KARYA KEDUA BY YUYUAIRA] ~~~ FARHAH UMAIRAH Kehidupannya sangat disenangi oleh semua orang. Mempunyai ibu bapa yang sangat penyayang dan seorang kakak yang rapaat dengannya. Seorang yang sangat cantik, lemah lembut, dan periang. Namun, segalanya telah berubah hanya kerana satu malam. Malam yang mengubah kehidupannya. Kerana malam itu, dia dibuang keluarga. Kerana malam itu, dia dibenci oleh kedua orang tuanya. Malam itu terjadi kerana hasad dengki seseorang tanpa dia sedar. Dia diperangkap. Tapi takde siapa percaya. Kejadian itu mendekatkan lagi dirinya dengan Ilahi. Dia hanya berserah. Kerana dia tak dapat berbuat apa-apa. Segala usahanya tak menjadi. Dia hanya mampu berserah dan berdoa. Dia membawa diri jauh dari keluarganya. RAYYAN IZZARIL Seorang lelaki yang suka memainkan hati perempuan. Pantang dicabar dan diperlekehkan. Pertemuannya dengan Farhah Umairah mengubah segalanya. Dia telah melakukan kesalahan yang sangat besar. Dia telah musnahkan kehidupan gadis itu yang tak sepatutnya dibuang keluarga. Sungguh dia berasa kesal. Tambahan lagi dia langsung tak dengar khabar berita tentang gadis itu. Perkenalan itu juga membuat dia berubah. Dia semakin mendekatkan diri dengan Ilahi. Dia berubah menjadi lelaki yang bersikap dingin dengan wanita. ~~~ "Percayalah. Farhah tak buat semua tu. Semua tu hanya fitnah. Rayyan. Bagitahu semua yang ini bohong,"-FARHAH UMAIRAH "Kau nak aku cakap semua ni bohong sedangkan kita dah buat semuanya. Terus terang jela yang kita memang buat benda tu,"-RAYYAN IZZARIL "Maafkan saya tapi saya tak selesa berduaan dengan encik Rayyan,"- FARHAH UMAIRAH "Abang mintak maaf. Abang tahu abang salah. Bagi abang peluang. Please,"-RAYYAN IZZARIL ~~~
Ma Chérie - My Dear One by tyracaramel
21 parts Ongoing
Kehilangan isteri tercinta pada lima tahun yang lalu cukup membuatkan Haidar Iskandar terseksa. Perpisahan yang berpunca dari manusia yang cukup toksik di dalam keluarganya sendiri. Rasa nak lari. Rasa nak bunuh diri! Haidar Iskandar hampir berputus asa. Namun, pertemuan semula antara Haidar Iskandar dengan Arabella Aisha memberi cahaya baru dalam hidup mereka. Peluang baru untuk mereka teruskan kehidupan bersama. Melayari bahtera baharu yang dibina lebih kukuh berbanding sebelum ini. "Ara, please. Marry me again!" - Haidar Iskandar "Apa jaminan awak yang saya akan selamat dari kakak awak?" - Ara "Saya sanggup bunuh kakak saya sendiri kalau perlu. Itu yang sepatutnya saya buat dari dulu. Saya gagal lindung awak, Ara. But this time.. Please let me protect you." - Haidar Kasih Haidar dipertaruh. Tujuan Arabella mengahwini Haidar kali ini bukan demi cinta semata, malah demi keadilan untuk ibubapanya yang harus diperjuangkan. Rumahtangga yang bakal dibina, Haidar Iskandar sanggup merisikokan nyawanya sendiri walaupun dikhianati. Tetap utuh melawan dunia yang melarang hubungan mereka. Hanya untuk kepentingan sendiri. "Kalau itu hukuman Ara untuk abang, Ara hukumlah abang. Cuma, Ara jangan minta abang lepaskan Ara. Sakit, sayang. Abang tak nak berpisah lagi dengan Ara.." - Haidar Iskandar "Bunuh saya kalau perlu, Haidar. Itu yang mereka nak selama ni. Kill me, Haidar!" - Arabella Aisha Demi cinta dan keadilan, Arabella sanggup menerima segala cemuhan, hinaan dan penderaan dari keluarga mentuanya. Persoalannya, sampai bila Arabella bakal bertahan? Adakah rumahtangga mereka bakal runtuh seperti sebelumnya? "Kau sentuh isteri aku sekali lagi, aku memang tak akan lepaskan kau. Aku bersumpah!" - Haidar Iskandar "Mungkin ini takdir kita." - Arabella Aisha
Kenangan Yang Terindah |C by aleysiahavyn
24 parts Complete
𝐓𝐞𝐫𝐤𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧, 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡. _________________________________________ Hana Iris - Niatnya hanya satu ingin memulakan kehidupan yang baharu, oleh itu negeri Sabah menjadi pilihannya untuk menetap jauh daripada keluarganya. Gadis yang berumur 25 tahun dan bekerja di salah satu sebuah kedai bunga. Hafiy Hanif- Seorang jejaka yang kacak berumur 30 tahun dan baru sahaja tamat pengajian. Baginya negeri di bawah bayu itu ialah satu permulaan yang baharu untuk dia teruskan kehidupan sebagai seorang pensyarah yang baru sahaja ditempatkan. Bagi Hana, kesetiaan itu tidak wujud. Cinta sejati itu tidak wujud dan perkahwinan itu tidak seindah dalam novel. Hidupnya tenang tanpa sebarang masalah, baginya peneman hidup itu tidak tercipta untuk dirinya namun, terkadang takdir berkata. Muncul Hafiy, membawa sinar dalam kehidupan Hana. Memberi harapan dan peluang untuk dirinya dan memberi pelbagai janji untuk Hana. "Saya janji, saya akan setia sampai hujung hayat." "Perkahwinan itu indah jika memilih orang yang tepat." Namun sejauh mana lelaki itu akan membuktikan janji itu? Sejauh mana dia akan bersabar dengan kerenah Hana? Dan mampukah lelaki itu buktikan yang cinta, kesetiaan dan perkahwinan itu indah? _________________________________________ Start:23/3/2025 End:30/5/2025
THE ONE [C] by DaisyIntrovert
63 parts Complete Mature
Warning ❗️ •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. •Kena baca Eternity Love dulu baru faham jalan cerita ni nanti 😘 •Macam biasa, jangan letak expectation tinggi sebab plot cerita ni cliche sangat 🤭 Dari cinta monyet bertukar jadi cinta pertama. Dia percaya kalau cinta monyetnya itu akan menjadi yang pertama dan terakhir untuknya. Siapa sangka mereka akan bertemu kembali. Adelia mula menunaikan janjinya. " Hai Kekanda, miss me? " - Tengku Adelia Hannani Adelia mula merangka rancangan untuk mengikat kekanda yang dia tunggu selama ini. "Wa lā taqrabuz-zinā innahụ kāna fāḥisyah, wa sā'a sabīlā " - Nazeem Zulfaqar Tersentap? Tidak! Adelia, semakin dilarang semakin mendekat. Baginya, sekeras-keras kerak nasi, direndam akan lembut juga. Begitu juga dengan hati kekandanya itu. " Jangan tolak sangat kekanda, takut tersungkur ke hati adinda " - Tengku Adelia Hannani " Ni baju umur 5 tahun ke? Sendat macam nangka busuk. Sakit mata aku tengok. Badan tu kalau cantik nak tayang, tak apa juga " - Nazeem Zulfaqar Sakit mata? Tak ada masalah. Adelia boleh mengubah penampilannya demi kekandanya. " Cantik tak adinda? Elok tertutup dengan telekung ni. Memang confirm tak nampak apa dah. Semua dah tertutup demi kekanda " - Tengku Adelia Hannani Wanita itu, ada saja cara untuk counter balik sehingga Nazeem mati akal. Mampukah Nazeem pertahankan tembok yang dibina untuk menolak Adelia yang agresif mengejarnya itu?
Pergilah Sayang by karyaseni2u
15 parts Complete
Berakhir sudah ikatan suci yang dijalin selama ini dengan penuh cinta dan sayang. Pedih hati Fatihah tidak dapat digambarkan saat Khairul terpaksa menceraikannya. Mereka harus berpisah. Jodoh antara mereka sudah habis. "Maafkan abang. Abang sudah mungkir janji untuk menjaga Tihah dengan baik. Abang tak mampu tunaikan janji-janji abang." Dengan linangan air mata jantan itu, Khairul menghantarnya pergi. Tak Fatihah duga begini akhirnya kisah mereka. Khairul malah tega memilih untuk pergi bersama yang lain. Menyandang status janda, bermulalah fasa menerima penghinaan demi penghinaan. Seolah-olah menjadi janda itu berdosa. Di bumi Dalat yang indah, dia menemui Mustaza. Mustaza yang ringkas orangnya, tidak cerewet, anak yang soleh. Cuma sayang, tidak bekerja. Itulah, siapa suruh tampar orang masa kerja? Kan dah diberhentikan. Tapi Mustaza lain, dia rajin kopek udang untuk Fatihah. "Terima kasih awak sebab dah tolong buang kulit udang." - Fatihah "Simpan nombor telefon saya. Nanti kalau nak makan udang awak telefon saja saya." - Mustaza "Masalahnya kalau awak nak nombor telefon saya, cakap ajelah. Jangan nak bagi alasan udang bagai." - Fatihah "Saya nak nombor telefon awak sebenarnya." - Mustaza "Kan senang bagi tau awal-awal." - Fatihah Tidak lama kemudian, barulah Fatihah tahu sebenarnya Khairul hanya diperangkap untuk berkahwin dengan Delisha. Khairul tak pernah melupakan cinta pertamanya. Perkahwinan dengan Delisha langsung tidak membuahkan bahagia. "Sayang abang pada Tihah takkan berubah sampai bila-bila. Abang tetap sayang Tihah dan dalam hati abang hanya ada Tihah seorang." Hanya hati Fatihah yang dapat memilih. Dia nekad. Bahagia itu perlu diusahakan, ia takkan datang sendiri. Jalani sahaja hidup mengikut jalinan takdir yang telah ditentukan. Dan siapakah yang akan menemaninya mengharungi takdir cinta terindah itu?
You may also like
Slide 1 of 10
Dara Pujaan Duda [His Heart's Desire] | TERBIT cover
Give Your Little Heart cover
DANISH HAZIQ : Her Psycho Husband [OG] cover
TAKDIR (c) cover
Dia Kunci Kepada Pintu Hatiku [C] cover
SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAH cover
Ma Chérie - My Dear One cover
Kenangan Yang Terindah |C cover
THE ONE [C] cover
Pergilah Sayang cover

Dara Pujaan Duda [His Heart's Desire] | TERBIT

12 parts Complete

[TERBIT] Seperti embun pagi yang hilang disapa mentari, begitu jugalah kenangan lama yang cuba dipadam oleh Fahira Hazrin. Bertahun dia cuba bangkit, meyakinkan diri bahawa cinta tidak lagi perlu mengusik hatinya. Hingga akhirnya cinta yang dihulur tunangnya, Syarif Adham menyembuhkan luka lama akibat penghinaan yang pernah diterima. Namun, takdir jarang membiarkan seseorang melangkah dengan mudah. "After all, why did you get married to someone else even if you should be with someone else?" - Fahira Hazrin "Mungkin itu hanyalah sebuah kekhilafan yang tidak dapat aku elak." - Fayyad Firdaus Tatkala dia yakin masa lalu tidak lagi mampu menyentuhnya, muncul pula Fayyad Firdaus yang pernah mencuri hatinya dan menghancurkannya sekaligus, kini berdiri di hadapannya. Namun kehadiran Fayyad bukan sekadar sebuah pertemuan semula tetapi menjadi ujian kepada hatinya permulaan kepada ujian yang lebih besar. "Tolonglah, Airil. Jangan salah ertikan makna sebuah ikatan halal." - Fahira Hazrin "Aku tak salah ertikan makna ikatan tersebut, Fahira. Bila mana aku buat keputusan untuk memiliki kau, bermakna aku sanggup korbankan dan kehilangan segalanya yang aku ada dalam hidup aku demi kau." - Airil Muhammad Kemunculan Airil itu membuatkan Fayyad tanpa sedar menjadi pelindung yang tidak pernah diharapkan. Keseriusan dan ketegasan yang dulu hanya melukakan, kini berubah menjadi perisai yang menghalang Fahira daripada terus disakiti. Antara masa lalu dan masa kini, Fahira terperangkap dalam dilema. Setiap jawapan tentang cinta, kesetiaan, dan tanggungjawab yang diberikan Fayyad hanya menimbulkan lebih banyak persoalan. Adakah kisah cinta mereka berakhir dengan perpisahan atau kesempatan kedua itu benar-benar milik mereka? Mampukah Fahira menghapuskan ragu dan menerima cinta yang masih tersisa? "Kerana yang pertama akan kekal di memori tapi yang setia di sisi hingga hari ini, akan kekal di hati. Iaitu kau, Fahira." started date: 4 dec 22 end date: 26 march 23