CINTA BUAT TUAN AYASH [18+]
  • Reads 65,464
  • Votes 2,145
  • Parts 26
  • Reads 65,464
  • Votes 2,145
  • Parts 26
Ongoing, First published May 03, 2023
Mature
AYASH DATO' MANAF menggantikan tempat ayahnya sebagai 'General Manager' di sebuah hotel tiga bintang di Beufort, Sabah setelah ayahnya meninggal dunia. Disebabkan kesibukannya dalam kerja telah menyebabkan Ayash kehilangan sesuatu yang amat dia sayangi. 


IZLENE yang telah kematian suaminya membawa diri dan kedua-dua anaknya berhijrah ke Sabah kerana kehadirannya di kampung tidak diterima oleh ahli keluarga arwah suaminya. Disebabkan krisis perebutan wang insurans si arwah suami, akhirnya Izlene mengalah dan pergi membawa diri jauh daripada pandangan mata keluarga mentuanya. 

Di Sabah, Izlene bekerja sebagai pembantu dapur di sebuah hotel bertaraf tiga bintang. Di situlah dia berkenalan dengan seorang lelaki ais batu atau lebih tepat lagi majikannya. Sikap ais batu Ayash selalu membuatkan Izlene sakit kepala. 

"Kalau awak nak bersedekah fish and chip tu pergi buka hotel sendiri!" - AYASH. 

"Saya minta maaf. Baki function banyak sebab tu saya bagi semua staff makan." - IZLENE. 

Awalnya bercakaran tetapi lama-kelamaan Ayash berasa kasihan kepada Izlene setelah dia mendapat tahu wanita itu ialah seorang janda anak dua. Kerajinan Izlene yang sanggup melakukan dua kerja membuatkan hati Ayash terusik.

Ayash kemudiannya membuat keputusan untuk menikahi Izlene. Pada awalnya Izlene membantah niatnya itu tetapi setelah didesak akhirnya Izlene bersetuju.

"Saya kahwin dengan awak sebab rumah saya rasa sunyi. Awak jangan risau. Saya tak ada taste dengan janda." - AYASH. 

Disebabkan rasa tercabar dengan kata-kata Ayash, Izlene nekad ingin menggoda Ayash. Godaan demi godaan dilakukan sehingga Ayash jatuh ke dalam pelukannya. 

"Baru awak tahu penangan janda macam mana." - IZLENE. 

Ayash akui dia telah jatuh hati kepada Izlene namun rasa cintanya berubah setelah hadirnya 'si dia' yang menggamit kenangan silam. Mampukah Ayash melawan segala kesukaran demi rumah tangganya atau membiarkan 'si dia' terus mendesaknya untuk berpaling arah dan mengimbau kembali kesalahan lalu?
Public Domain
Sign up to add CINTA BUAT TUAN AYASH [18+] to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
Ustaz Faqih Ruzain by Hashily90
44 parts Ongoing
Faqih Ruzain x Dhiya Kamila Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini menyebabkan hubungannya dengan Dato Dazrin semakin tegang. Kemarahan Dato Dazrin memuncak apabila mendapati Dhiya bercinta dengan lelaki yang berlainan agama. Bagi menyelamatkan anaknya dari terus tersasar jauh Dato Dazrin memaksa Dhiya bernikah dengan Faqih Ruzain yang merupakan anak rakan karibnya. "Hai apasal tunduk je. Takut iman tak kuat ke tengok perempuan cantik dan sexy depan mata. Kata Ustaz, takkanlah tengok perempuan cantik pun roboh tembok iman tu." -Dhiya- "Seorang lelaki muslim perlu menundukkan pandangannya. Begitu juga seorang wanita wajib menutup aurat. Kalau dhiya nak sangat abang pandang Dhiya, tunggu kita halal nanti. Bukan setakat Dhiya pakai baju seksa macam ni abang boleh tengok. Dhiya tak pakai apa pun abang boleh tengok." -Faqih- "Aku bukan lagi Dhiya Kamila sahabat karib kau yang kau kenal masa kecik-kecik dulu Faqih. Aku perempuan kotor yang penuh dengan dosa. Tak macam kau alim macam malaikat. Kau nak ke perempuan kotor macam aku ni jadi isteri kau. Aku rasa baik kau cakap pada papa yang kau tak sudi nak jadi suami aku." -Dhiya- "Abang sanggup terima Dhiya andai ini jalan yang mampu untuk tarik Dhiya balik ke pangkal jalan dan dapat selamatkan akidah Dhiya. Lagipun ibu dan ayah abang pernah berjanji dengan arwah mama Dhiya akan tengok-tengokkan Dhiya." -Faqih- Setelah selamat disatukan bukan mudah Faqih ingin melentur Dhiya yang keras kepala. Bagi Dhiya hidup dengan Faqih umpama hidup dalam penjara. Kebebasannya tersekat, itu dan ini tidak boleh kerana lelaki itu terlalu mengikut hukum agama. Walaupun Dhiya sering melawan dan memberontak tetapi ada saja akal si Ustaz untuk memenangi peperangan mulut di antara mereka berdua.
UNKNOWN  by CIK_ZALIKHA
45 parts Ongoing
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
You may also like
Slide 1 of 10
AFFAN_ADRA | In Editing cover
Peluang Kedua Buatku (S2) cover
Duri di antara kita [ C ]  cover
Dia, Zayn Raffael cover
Ustaz Faqih Ruzain cover
Mi Cariño cover
GHAZI UQAYL cover
UNKNOWN  cover
Dia Amanah Buatku | OG cover
Ameliazone [OG] cover

AFFAN_ADRA | In Editing

94 parts Ongoing

Affan Adry x Afaf Adra 'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di cafe kesukakaanya. Kerana rasa tidak layak dan dia sedar dia sangat jauh dari type lelaki itu, dia hanya meluahkan isi hatinya dalam diari miliknya. 'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.' 'Fii Amanillah the guy I odore the most' Affan Adry bin Mohd Fathi. Berkulit hitam manis. Matanya hitam pekat yang mendebarkan bagi yang melihat. Seorang barista dan dalam diam dia juga menyimpan perasaan pada gadis yang selalu mengunjungi cafe miliknya. Di saat hati mula yakin, dia ingin melamar gadis itu ketika ulang tahun kelahirannya. 'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa) Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula. 'Fi hifzillah fi amanillah' - saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA, Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]