BOOK 1
[ TUNKU SERIES ]
Tunku Aric Zayyan & Mawar Qistina
Mawar tidak pernah menyangka perjalanannya ke pasaraya akan mengubah hidupnya. Di tengah-tengah deretan rak barangan, dia berlaga bahu dengan Zayyan bekas kekasihnya yang pernah membuatkan hatinya bergetar 7 tahun dahulu. Zayyan, yang kini kelihatan lebih dewasa dan lebih kacak berbanding dahulu, kembali dalam hidupnya seperti badai yang tak dijangka.
Tanpa menunggu lama, mereka melangsungkan perkahwinan, dengan harapan membina kehidupan yang sempurna bersama. Zayyan, dengan sikap matang dan penuh kasih sayang, berjaya membuat Mawar merasa seperti dia adalah satu-satunya wanita di dunia. Namun, tak lama selepas itu, Mawar mula merasakan ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik senyuman suaminya.
Walaupun Zayyan tidak pernah mengasarinya dan sentiasa ada di sisinya, dia sering kelihatan risau dan jauh. Konflik mula muncul, bukan kerana kurangnya cinta, tetapi kerana rahsia yang Zayyan cuba sembunyikan. Mawar semakin terhimpit oleh tanda tanya kenapa Zayyan sering mengelak untuk berbicara jujur dengannya?
Kebenaran akhirnya terbongkar. Semua yang dilakukan Zayyan dari sikap penuh teka-teki hingga perlindungan yang tak kelihatan mula muncul.
Mampukah Mawar hidup bahagia bersama Zayyan? Saksikanlah 'DIA YANG TERAKHIR'
⚠️ READ ON YOUR OWN SELF
⚠️ CRINGE
⚠️ CLICHE
⚠️ KALAU ANDA TIDAK SUKA DENGAN HASIL KARYA SAYA, TAK PAYAH GATAL NAK BACA
⚠️ KONFLIK RINGAN!!
🠊 TOP 1 : HIGHEST RANKING
#1 in jahat : 21/9/2023
#1 in konflik : 2/12/2023
START:4/4/2023
END: 1/11/2023
Mawar Fatima
Syed Mikhael Putra
One of the most heartbreaking love story I've ever written.
Pertemuan yang tak dijangka membawa kepada sisi pembongkaran kejadian yang sudah berlaku sedekad yang lepas. Rasa bersalah bersulam cinta yang dimiliki Syed Mikhael Putra kepada wanita naif, Mawar Fatima semakin mekar di dalam sudut hati.
"Kalau awak jumpa orang tu, awak nak cakap apa dekat dia?". - Syed Mikhael Putra
"Saya nak berterima kasih dekat dia". - Mawar Fatima.
Namun, tidak mengapa. Fatima ikhlas menerima Syed walaupun setelah menyedari semua yang berlaku itu adalah kerana lelaki itu.
Tidak mengapa!
Dia mencintainya Syed sepenuh hati walaupun dirinya sendiri sudah beberapa kali menolak lamaran lelaki itu.
Tapi... Tanpa disangka-sangka, seolah deja vu, kejadian 10 tahun lepas seumpama berulang kembali membuatkan trauma yang menghantui diri Syed kembali memusnahkan hidupnya. Apakah kejadian itu? Sebesar manakah pengorbanan Fatima dan Syed? Mampukah mereka menginjak ke hari-hari bahagia?
Theme Songs:
-Untuk Mencintaimu by Seventeen
-Lelaki Teragung by Dayang Nur Faizah