'Bahagia yang ku rasakan saat kamu dalam hidupku.' Rumah tangga Nilufar dan Nuqman runtuh gara-gara orang ketiga. Saat dikhabarkan Nuqman bahawa dia sudah berkahwin lain, hati Nilufar hancur ibarat kaca yang terhempas di lantai marmar. Berkecai dan tidak dapat dicantumkan kembali. Madu dalam perkahwinan tidak semanis madu lebah. Nilufar mengundur diri dan mengangkat kaki dari terus setia bersama suami yang memilih menduakan dia. Lantas Nilufar memilih untuk berpisah tetapi Nuqman tidak mahu. Kerana desakan Nilufar, Nuqman lepaskan isteri yang dia cintai. Pintu hati Nilufar sudah tutup rapat daripada dicerobohi oleh lelaki lain. Tetapi siapa sangka, hadirnya Hazrel kembali dalam hidup Nilufar meranapkan benteng itu. Nilufar menafikan rasa itu sehingga hadir Nuqman kembali menagih kasih Nilufar. Sekali dia benci, selamanya benci! Nuqman hanya masa lalu Nilufar. Dan Hazrel juga masa lalu Nilufar. Lantas siapa harus Nilufar pilih? Atau lebih baik Nilufar hidup sendirian tanpa lelaki di sisi? Adakah itu lebih baik?
Detail lengkap