55 parts Ongoing Di Elvaria National Academy, sekolah paling elit di Elvaria yang terkenal dengan kecemerlangan akademik dan keunggulan sukan, Ayadz Riffan dan Rhessa Allaraina adalah duo yang sukar dipisahkan dari kelas Tingkatan 5 seraphine.
Ayadz, anak bongsu dari keluarga kaya yang penyayang, terkenal dengan sifatnya yang tenang tetapi bijak menguruskan setiap situasi.
Allaraina, anak sulung keluarga berpengaruh, berani, berdikari, dan berprinsip tinggi. Bersama, mereka mencipta gelombang di setiap sudut sekolah dari bilik kelas hingga ke padang sukan menjadi perhatian rakan-rakan tanpa perlu berusaha.
Mereka bukan bercinta, tetapi hubungan mereka lebih daripada sekadar persahabatan biasa. Gelak tawa, jenaka, dan persaingan kecil antara mereka membentuk satu ikatan yang kuat dan unik.
Di Elvaria National Academy, satu perkara pasti:
"Di mana ada Ayadz, di situ ada Allaraina."
Mereka adalah pasangan sahabat yang sempurna dua individu yang saling melengkapi, membawa warna dan semangat tersendiri ke dunia yang penuh cabaran dan tekanan.
"Neeyal suka Al."
Tiga patah perkataan dari seorang jejaka yang tidak pernah Allaraina sangka sedikit sebanyak mengubah hidupnya, begitu juga Ayadz dengan 'cinta hati' dia iaitu...
"Lily Sienna."
Tetapi hari demi hari, badai seakin kuat, mampukah Ayadz dan Allaraina tetap bersatu dan menempuhi semuanya tanpa ada air mata serta darah yang tertumpah?