Pernah sekali aku tanya dalam Chatgpt, 'Some facts about crush'. Tekan sahaja butang enter, terus keluar 10 perkara tentang fenomena 'crush' ini. Crush: Meminati seseorang dalam diam atau juga boleh ditafsirkan sebagai "meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya..." Panjang pula. Macam buku teks. Dan sebenarnya aku tak pernah menyangka, yang fenomena 'crush' itu betul-betul berlaku dalam hidup aku. Sampailah, aku jumpa Isa.
1 part