Cinta Atau Nafsu (REWORK)
5 Bagian Sedang dalam proses DewasaKisah ini mengangkat perjalanan seorang lelaki muda yang telah lama terpisah daripada ibu saudaranya sejak zaman kanak-kanak. Perpisahan itu bukanlah kerana kehendak mereka, tetapi angkara keadaan hidup yang memisahkan kasih yang pernah terjalin. Bertahun lamanya berlalu, dan ketika lelaki itu sudah pun membina kerjaya serta kehidupan sendiri, kerinduan terhadap sosok wanita yang pernah menjaganya dahulu mula mengetuk hati.
Dia nekad untuk menjejaki semula ibu saudaranya, wanita yang dipanggil Ateh, satu-satunya yang pernah mengisi kekosongan sejak pemergian kedua ibu bapanya. Namun, pencariannya bukan semudah yang disangka. Setiap langkah dipenuhi dugaan, setiap pintu yang dibuka terselindung rahsia dan luka lama.
Di sisi lain, Anis, wanita yang dahulu bergelar Ateh juga melalui jalan hidup yang perit. Terhumban dalam putaran nasib yang tidak memihak, dia terpaksa menelan pahit getir demi terus hidup. Namun, dalam gelita hidupnya, dia tetap menyimpan satu harapan: untuk kembali melihat anak saudara yang pernah menjadi sinar kecil dalam hidupnya.
Cerita ini membentangkan permulaan hidup mereka bersama, perpisahan yang memilukan, serta takdir yang mempertemukan semula dua jiwa yang dahagakan kasih sejati. Ia bukan sekadar kisah cinta atau pengorbanan, malah cerita ni merupakan penebusan dan peluang kedua yang lahir dari kenangan silam.