Silent Love ♡

Silent Love ♡

  • WpView
    Reads 2,129
  • WpVote
    Votes 77
  • WpPart
    Parts 30
WpMetadataReadComplete Sat, Sep 27, 2025
Hana Zulaikha, atau lebih dikenali sebagai Tengku Hana Zulaikha, lahir dan dibesarkan dengan penuh didikan agama oleh Allahyarham ibu dan ayahnya. Walaupun kehidupannya berubah ketika dia bertemu dengan keluarga kandung yang sebenar, hati Hana tetap teguh dengan pegangan agama yang telah ditanam sejak kecil. Dikelilingi oleh ramai jejaka yang terpikat dengan kecantikan dan keperibadiannya yang mulia, Hana tidak pernah terlintas untuk membuka hatinya pada cinta. Di sebalik senyumannya, ada seorang lelaki yang tersimpan dalam relung hatinya, namun perasaan itu tetap tersembunyi. Tengku Zaqwan, seorang jejaka tampan dan kaya raya, menjadi idola ramai wanita. Namun, jauh di dalam hatinya, dia hanya mengejar satu perkara-mendapatkan cinta Hana Zulaikha. Dia percaya, di sebalik segala perhatian yang diterimanya, hanya Hana yang mampu menyentuh hatinya dengan cara yang istimewa. Setelah suatu kehilangan yang menggoreskan hati, muncul seorang jejaka bernama Rayyan Mateen Yusuf. Setelah dua tahun menuntut ilmu di luar negara, Rayyan kembali ke tanah air untuk bertemu dengan umi dan abinya yang sangat dirinduinya. Namun, lebih daripada itu, dia kembali untuk mencari wanita yang telah lama disayanginya dalam diam, wanita yang sentiasa ada dalam doanya, dan wanita yang tak disedari telah menyimpan perasaan yang sama. "Jodoh, ajal, dan maut itu hanya di tangan Allah." ~ Hana Zulaikha "Walau berapa banyak wanita datang dan pergi, Zulaikha tetap di hati Yusuf." ~ Rayyan Mateen Yusuf Adakah cinta dalam diam mereka akhirnya dipertemukan? Apakah takdir akan menyatukan Yusuf dan Zulaikha dalam jalinan yang indah? × No plagiat × ~ my own base story ~
All Rights Reserved
#138
wattpadmelayu
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Bekas Kekasih Dia! ☑
  • (✔) Encik CEO VS Cik Penulis
  • AKU MEMILIH DIA (C)
  • Bidadari Arjuna | Ebook
  • Cukuplah Cinta Itu
  • Yes I Love You!!!
  • JEJAK CINTA SEORANG MAFIA
  • Endless √
  • Akhiri Penantianku ✔

Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.

More details
WpActionLinkContent Guidelines