Janji Jangan Pergi

Janji Jangan Pergi

  • WpView
    Reads 52
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 8
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Fri, Jun 23, 2023
WpInfo
Fiction
Romance
Pelanduk dua serupa! Seiras. Sangat seiras sehingga Saufi Sazali tidak sedar yang dipeluk itu bukan arwah isterinya, tetapi Aufa Falisha. Terkejut betul Falisha bila ada lelaki asing memeluknya. Natijahnya, satu tamparan hinggap pada pipi Saufi, lalu menyedarkannya daripada terus dibuai mimpi. "Saya dah lupakan dan saya dah boleh terima kenyataan yang Ira dah tak ada, tapi kenapa awak muncul dan rosakkan segala-galanya? Awak buat perasaan saya datang semula." - Saufi Pertemuan demi pertemuan membuatkan hati masing-masing saling merasa. Pusing ikut jalan jauh mana pun, akhirnya mereka pasti bertemu juga. "Kalau Isha dah terima bermakna Isha akan jadi isteri kepada Saufi Sazali. Isha kahwin bukan untuk diceraikan. Jadi, jangan jadikan Isha perempuan murahan." - Falisha Akhirnya lamaran diterima. Namun, adat manusia, kadangkala tak boleh lihat manusia lain yang sedang berbahagia. 'Keluarga perigi' adalah gelaran khas Saufi untuk Emira. Puas Saufi tepis, tetapi Emira tetap tak faham bahasa. "Kalau Emira tu perigi, awak pula timba. Jangan lupa saya ni tali yang terikat kemas pada timba. Timba takkan ke mana-mana kalau masih berpegang pada tali." - Falisha Bagi Saufi, mencintai seseorang selepas kehilangan bukan kecurangan, tetapi ketentuan yang ditetapkan Ilahi. Selama saling setia dan percaya, sama ada Saufi mahupun Falisha, pasti yang cinta mereka cinta sampai mati.
All Rights Reserved
#105
dearnovels
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Suri Hati Syed Faliq
  • Godaan Kekasih Halalku ✔(Unedited)
  • 𝗟𝗢𝗔𝗧𝗛𝗘 𝗧𝗛𝗘 𝗟𝗢𝗩𝗘 | COMPLETED
  • SALAHKAN AKU
  • Merinduimu Bukan Sederhana
  • Antara X Dan Y (Suamiku Cikgu) Complete ✅
  • My Mrs Seventeen (Terbit - Cetak)
  • Andai Itu Takdirnya

Syed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsung tidak tertarik kepadanya. Bagi Lili, tak penting pun untuk mengenali lelaki yang kononnya hensem. Lagipun, kalau hensem tapi playboy nak buat apa? Itu apa yang aku rasalah. Kawan aku pun terhegeh-hegeh admire si playboy tu. Tak faham aku. Tetapi, selepas Lili kehilangan bapanya dan Syed Umar Faliq kerap kali mengacau dan membahagiakan hidupnya, membuatkan hatinya yang sekeras batu mencair terus. Syed Umar Faliq yang pada mulanya hanya ingin mengenakan Lili sahaja, sering sahaja hatinya mengatakan tidak. Malah dia ingin rapat lagi dengan Lili. Tetapi, apabila masing-masing melanjutkan pelajaran, adakah rasa hati itu masih setia? Adakah Lili masih menunggu Faliq sedangkan Faliq sudah menjadi milik orang?

More details
WpActionLinkContent Guidelines