Muhammad Wafi Mikael dia lah seorang jejaka yang dihantar Allah untuk mengubah seorang wanita yang kurang ilmu agamanya. Walau tahu kekurangan wanita itu, dia menerima wanita itu dengan hati yang terbuka. Nur Ariana. Seorang wanita yang sangat cantik dan seksi di mata para lelaki. Berusia 25 tahun. Ariana tidak begitu tahu tentang ilmu agama. Atau boleh dikatakan... Jahil. Ariana sudah lama bernafas dalam himpitan maksiat. Arak, dadah, bersentuhan... Semuanya sebati dalam dirinya walau banyak kali ditegur dan dimarahi oleh kedua orang tuanya. Ariana sememangnya mempunyai teman lelaki. Malah setiap tahun menukar teman lelaki. Sehingga suatu hari, Ariana mengandung... Dia tidak pasti anak didalam kandungannya milik siapa. Terlalu banyak lelaki di kelilingnya. Tentu saja lelaki-lelaki itu tidak mahu mengaku dan bertanggungjawab. Ariana pula bersungguh-sungguh hendak menggugurkan kandungannya namun ditegah kuat oleh ibu bapanya. Kerana tidak sanggup menanggung malu, kedua ibu bapanya menghantar Ariana ke pusat pemulihan. Disitu, tempat dimana wanita-wanita yang dianiaya atau rela melakukan maksiat akan tinggal disitu. Memang pada awalnya Ariana sangat benci akan tempat itu. Bergaul dengan wanita-wanita yang kononnya sudah bertaubat dengan perbuatan mereka. Dia selalu bersangka buruk terhadap orang lain.All Rights Reserved
1 part