"Kemaskan diri kau, pakai pakaian yang aku dah sediakan. Mulai esok, kau akan ikut keluarga baru kau." - David "Tak! Tolonglah, baba. Adik sanggup buat apa je asalkan baba tak buang adik! Adik nak tinggal dekat sini. Tolonglah. Adik merayu!" - Daniella. Dihantar ke dalam tangan rakan kongsi babanya, Daniella menyangka nasibnya akan menjadi lebih buruk daripada sebelum ini. Maklumlah, meskipun dia selama ini menjadi tahanan dalam keluarga sendiri, telinganya seringkali mendengar cerita berkenaan Lorcan De Lodovico. Namun siapa sangka? Kumpulan Mafia Lodovico yang pada dasarnya memiliki imej dan prestasi yang menakutkan, rupanya mempunyai sudut lain disebalik imej tersebut. Daniella dilayan bagaikan puteri oleh Don Athena. Don Athena ternyata punya rancangan lain. Dia mahu Daniella membantunya untuk mengubah anak lelakinya, Lufian, menjadi manusia yang sebenar. "Mama tak minta persetujuan. Luf kena setuju walau apapun yang terjadi. Mama dah puas hadap perangai kamu. Listen to me. You. Will. Marry. Her. Titik! Sign semua dokumen and don't you dare to test my patience, young man!" - Don Athena.