Hutang

Hutang

  • WpView
    Reads 242
  • WpVote
    Votes 25
  • WpPart
    Parts 7
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Jun 20, 2023
"Tolong. Selamatkan aku. Aku belum mahu mati lagi," Razman mahu bersuara. Namun suaranya cuma berakhir di dalam fikiran sendiri. Tiada satupun perkataan keluar dari kerongkongnya. Orang ramai mengelilingi Razman yang sedang terbaring kaku. Nafasnya terasa sesak. Sesuatu yang berat seperti menghimpit dadanya. Mahu menggerakkan satu jarinya pun dia sudah tidak mampu. Pandangan kian kabur, menghampiri gelap. Di telinganya terdengar suara berbisik. "Dik, ikut abang cakap, Lailahaillallah." Razman cuba mengikut kata-kata itu, namun suara tidak keluar. Cuma fikirannya mengikut kata-kata itu. "Lailahaillallah." *** "Smart juga kasut ni," Sid bercakap sendirian. Dia mengangkat sebelah dari sepasang kasut Converse Jack Parcell warna hijau di atas kanvas plastik biru. Berpuluh pasang lagi kasut bersusun atas kanvas. Tapi tak ada yang menarik perhatiannya. Dia cuma tertarik dengan sepasang kasut hijau itu. Dia membelek kasut di tangannya. "Belilah, smart tu," Sid berpaling saat suara itu tiba-tiba menyapa di hujung telinganya. Tiada sesiapa yang berkata-kata dekat dengan dia. Ah, cuma fikirannya yang menyuruhnya membeli kasut itu. Dia letakkan kembali kasut tersebut ke tempat asal. Kemudian termenung sejenak melihat kasut itu. Smart. "Belilah." *** "Terima kasih tolong aku," suara temannya cuma terdengar berbisik dalam geseran angin yang berhenpus. Sid mengangguk perlahan, tidak pula membalas dengan apa-apa jawapan. Dia cuma tersenyum sedikit. Perlahan temannya melangkah semakin menjauh. Semakin kabur. Hingga bersatu dengan latar pemandangan di depannya. Pokok. Bangku. Pagar. Sungai. Tiada lagi sesiapa.
All Rights Reserved
#260
horror
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Novel Untukmu Cinta [Terbit 18 Feb 2020]
  • BUKAN MALAIKAT MAUT [C]
  • from support to carry, now my forever [OG]
  • Nyctophile 🌬
  • Kehadapan Kamu..
  • Terperangkap Dalam Bayangan (Complete)
  • SAVIOUR - CODENAME: HUNTER [ COMPLETE ✅️ ]
  • Memori Cinta
  • [OG]  Alaskandila
  • 🔞Siblings series 3-The Perfect Enemy : Naqiu Al-Haq

Terbanglah rama-rama ku Mencapai awan biru Andai badai menimpa Ingatlah yang aku sentiasa ada Pada Orkid, cinta itu perasaan yang suci. Menginginkan yang terbaik pada si dia yang dicintai walaupun hatinya sendiri terluka. Dalam segitiga cinta antara Orkid, Adam dan Eve yang tak berpenghujung, Orkid bertemu Datuk Ir Arman dalam demonstrasi yang dikendalikannya untuk menentang empangan hidro yang bakal dibina oleh syarikat milik Arman. Pada Arman, perkataan cinta selalu disalah gunakan. Cinta ? Apa hebatnya cinta kalau sekelip mata ia boleh hilang ? Sama seperti arwah ayah dan ibunya dulu. Apa hebatnya melaungkan kata - kata cinta kalau zahirnya tidak dapat dibuktikan ? Tidak kekal dan tidak cuba untuk mengekalkannya. Patah bila badai menimpa. Rapuh. Dia pesimis dengan cinta. Pesimis dengan perempuan dek kerana kisah silamnya yang pahit dan mahu dilupakan. Saat itu juga Ramadhan teman lamanya pula muncul. Jejaka yang ingin dijodohkan dengannya oleh keluarganya di kampung. Pada Ramadhan, Orkid adalah wanita pilihan ibunya. Dalam hati dia simpan satu rahsia yang keluarganya sendiri pun tidak pernah tahu. Tawanya hanya topeng untuk menyimpan gundah di hati. Semuanya untuk seorang ibu yang dia cukup hormati. Saat hati Orkid benar- benar dilukai Saat jiwanya diuji Siapa yang kekal menyintai ? Will be available on Shopee: https://shopee.com.my/drevelynrose for pre order somewhat on the 18th february or the earliest when I received ISBN number.

More details
WpActionLinkContent Guidelines