Auryn Adelea, seorang wanita berusia 32 tahun, terkenal dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Namun, di sebalik wajah menawannya, tersembunyi hati yang tertutup rapat akibat luka masa silam yang belum sembuh. Dia lebih selesa menjalani kehidupan bersendiri, jauh daripada sebarang komitmen cinta.
Atas desakan kedua-dua orang tuanya, Auryn terpaksa menerima untuk sekali lagi berkahwin-kali ini dengan lelaki yang langsung tidak dikenalnya.
Syed Irsyad Adrian, jejaka yang menjadi dambaan ramai wanita. Dengan ketampanan, kekayaan, dan keperibadiannya yang luar biasa, Adrian adalah definisi sempurna lelaki idaman. Dia bukan hanya tampan, malah berpendidikan, berjaya, dan sentiasa menghormati orang di sekelilingnya.
Syed Irsyad Adrian - "Sejak mata kita bertemu, saya dah jatuh cinta pada awak. Dengan nama Allah, saya tulus cintakan awak, Auryn Adelea."
Syed Irsyad Adrian - "Saya boleh berikan kebahagiaan yang awak impikan. Bagi saya peluang, boleh?"
Auryn akhirnya mula membuka hatinya untuk Adrian. Ketika hubungan mereka disinari kebahagiaan, badai tak terduga melanda, menggoncang segalanya.
Kehadiran bekas suami Auryn membawa ancaman kepada hubungan mereka. Ditambah pula dengan ibu Adrian yang mudah terpengaruh dengan fitnah dan hasutan orang luar.
Mampukah mereka bertahan dan mempertahankan cinta mereka? Atau adakah semua ini akan merobohkan kebahagiaan yang mereka bina bersama?
*Will be officially published on 6th September 2025
"Excuse me. Can I help?"
"Apa yang kau boleh tolong?"
"Boleh cakap Melayu ke?"
"Dah tu ada nampak aku cakap bahasa alien?"
Andi dan Nasya. Pertemuan pertama mereka yang tidak dijangka. Niat Nasya hanya ingin memujuk si bayi yang menangis. Namun tidak sangka pula dia akan ditawarkan untuk menjadi babysitter kepada bayi comel bernama Elsa Aurora itu.
Bekerja di bawah majikan seperti Andi, bukanlah sesuatu yang mudah. Huru-hara. Perang mulut sentiasa berlaku di antara mereka.
"Woi, berani kau tipu aku ya?"
"Betullah tadi ada Lady Gaga lalu. Tapi bila dia nampak muka encik, dia terus blah. Mungkin muka encik macam pembunuh kot."
Kemunculan Rachel yang berniat mahu membalas dendam memaksa Andi untuk mengahwini Nasya demi menjaga keselamatan gadis itu dengan anaknya, Elsa.
Perkahwinan yang terbina atas dasar ingin menjaga mula memutikkan bunga-bunga cinta. Namun di saat mereka baru ingin merasai kemanisan berumahtangga, dugaan pula hadir bertimpa. Seorang demi seorang musuh Andi muncul atas misi yang sama. Iaitu...
Balas dendam!
Mampukah Andi untuk menjaga Nasya dan Elsa? Mampukah dia menjaga keduanya daripada menjadi 'toy' dalam setiap 'game' di antara dia dan musuh-musuhnya?
"You may hold my hand for a while, but you can hold my heart forever."
⚠ WARNING!! Terdapat beberapa perkataan dan bahasa kasar di dalam cerita ini. Harap maaf.