Kecederaan yang Bilal alami setelah misi, buatkan dia terpaksa berehat dikampung halaman dan bila keadaan semakin membaik dia perlahan-lahan bekerja sebagai pengali kubur sebelum kembali beroperasi penuh.
Berita kematian Aki, buatkan kisah perjumpaa dia dan cucu arwah bermula. Namun tak disangkah, wanita yang kelihatan polos itu terlibat dengan musuh negara. Rasuah!
Perasaannya untuk Madinah kuat namun cintanya terhadap Negara telah terpahat sejak kecil lagi. Kerana sumpah setia, dia relakan Madinah mendapat hukuman yang setimpal.
Beberapa tahun kemudian, Madinah kembali dan bekerja dipusat kebajikan sebagai hukuman. Bagi Bilal, wanita itu pasti membencinya.
" Saya masih ingat muka dan nama awak, Inspektor Bilal." Madinah
" Jangan benci, nanti sayang. " Bilal
Dia ingin menjaga Madinah. Jadi sepanjang hukuman Madinah, dia ditugaskan sebagai pemerhati dan menilai perkembangan Madinah. Tapi semuanya tidak mudah bila dirinya sentiasa ditolak oleh wanita yang berjaya meragut hati itu.
" Kenapa Inspektor Bilal ikut saya?" Madinah
" Sebab saya takut Cik Madinah hilang lagi. " Bilal
Amanah, Adil, Tegas! Hikayat TIMELINE Bilal.
#YES_CHEF
4th story 🤍
Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia.
Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa.
"Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina
"Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi
"Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina
"No!" - Haris Wafi
"Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina
"Why not?" - Haris Wafi
Haris dan Nisrina,
Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal.
Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu.
Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya.
Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina?
Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka.
"Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina
"But you are my white roses.." - Haris Wafi