Mereka membesar sama sama, sehinggakan terlalu rapat bagi kedua dua belah pihak. Mereka rapat disebabkan keluarga mereka merupakan jiran rapat dikampung
Adira, yang merupakan calon pt3 disekolah kebangsaan bintang berlian, seorang yang periang, semangat, banyak berbicara dan suka dengan aniq, anak kepada umi, mak aniq.
Aniq, calon spm yang hanya anggap adira seperti adik, selalu bersama adira seperti disekolah, masjid, kampung dan sebagainya.
Disebabkan adira yang banyak mukut, dia selalu cerita dekat umi apa yang jadi dekat aniq sehinggakan aniq benci diri dia.
"Boleh tak jangan semua benda nak cerita dekat umi? Mulut tu diam! Jangan sampai aku benci kau, sekali aku dah benci kau, muka kau pun aku taknak tengok." Aniq ukashah
"Kenapa datang rumah ibu? Kalau nak jumpa ibu, jumpa je ibu jangan jumpa dan kacau dira. Dira nak spm pulak, jadi jangan kacau dira." Adira sofea
Disebabkan kata kata, hubungan mereka makin renggang, mereka dah jarang berbual, jarang bergurau sehinggakan adira dapat tawaran belajar dekat bandar pun tak bagitahu dia
"Nak apa datang sini? Kan dah benci adira, so tolong balik!!" Adira sofea
"Kenapa sambung belajar dekat kl tak bagitahu? Abang ingat dira nak sambung belajar dekat kampung, sebab tu abang belajar dekat sini je." Aniq
Dapatkah mereka berbaik semula? Dapatkan aniq dapat semula adira sofea yang dulu?
Nama: Iwanaina Matussin.
Usia: 28 tahun.
Status: Bujang
Situasi:
Sepatutnya dah jadi isteri orang, tapi tunang 5 tahun aku dah berkahwin dengan Mimi, adik aku sendiri.
Memang aku redha, tapi redha tidak akan mendiamkan bebelan mama di rumah. Hampir tiap hari mama akan membebel dan asyik salahkan aku di atas sebab Herman kini dah kahwin lari dengan Mimi.
Aku makin tertekan bila aku juga dah disuruh pindah kerja dari mengajar murid tadika ke murid tingkatan enam atas. Bukan itu sahaja, ianya adalah Sekolah Tinggi Lelaki Gadong Brunei. Sekolah yang dilabel sekolah deliquent di Brunei.
Masalah betul.