A ROMANCE STORY BY AISYWA
Forever still for your love...
Dua insan iaitu DIAN AMARA dan AIDAN HAZIF, seorang sedang mencari perasaan cinta yang sebenar. Manakala, seorang lagi patah hati buat pertama kali dalam hidupnya. Dua jiwa ini sama-sama membawa diri ke sebuah kota cinta.
"Do you need help, my lady?" - AIDAN HAZIF
Pertemuan yang tak dijangka berlaku, mungkin ia adalah satu takdir buat mereka. Bagi Dian Amara, cinta itu wujud cuma dia tak berkesempatan untuk merasai manisnya cinta. Bagi Aidan Hazif pula, cinta itu seperti kopi yang pahit tapi masih terselit kemanisannya.
"Macam mana rasa cinta?" - DIAN AMARA
Terlalu banyak berkongsi memori bersama, satu percikan api cinta mula menyala pada dua hati. Namun, pertemuan itu berakhir dengan perpisahan. Tapi, sejauh mana mereka berpisah, takdir tetap kembali menyatukan dua jiwa itu.
"You betrayed me." - DIAN AMARA
Hanya kerana satu salah faham, satu tragedi berlaku. Trauma yang sudah hilang kembali menghantui diri semula. Masihkah ada sinar bahagia buat mereka?
"Will you be my lady till forever?" - AIDAN HAZIF
Jika diizinkan sekali lagi, Dian Amara mahu menulis semula kisah cinta mereka walau dirinya terkapai-kapai dalam lautan silam. Berharap tangannya akan disambut seseorang untuk keluar dari situ.
If happy ever after did exist, let me hold your hand to keep you feel this love forever...
Published:
Status: Completed
ALL RIGHTS RESERVED,
AISYWA 2023
ππππ πππππππ πππ. π
IRDINA AISHA, anak sulung yang menjadi harapan kedua orang tuanya. Kehidupan yang sederhana di kampung sudah cukup memberi rasa bahagia dalam hidup mereka sekeluarga. Impiannya hanya satu iaitu membanggakan kedua ibu bapanya dengan memberi kejayaan kepada mereka.
Namun, takdir berkata lain. Kedua ibu bapanya pergi dalam sekelip mata, meninggalkan amanah yang amat berat untuk dia pikul.
Dina hilang arah tujuan sehingga dia nekad untuk berhenti belajar demi menyara adik-adiknya yang masih bersekolah.
"Akak akan pastikan kita tidak berpisah. Walau apapun yang berlaku, kau orang semua akan membesar bersama depan mata akak."
Itulah janji yang diucapkan. Walaupun dia tahu ianya tidak mudah, tapi dikuatkan jua mental dan fizikal supaya terlihat kuat di hadapan adik-adiknya yang lain. Mimpinya yang satu itu turut sama terkubur bersama kedua orang tuanya.
"Aku penat... Penat sangat..."
Disaat Dina jatuh tersungkur dengan ujian yang tidak habis-habis menimpa dirinya. Dia hadir sebagai penyembuh luka dan sumber kekuatan bagi Dina untuk terus bangkit.
"Kalau kau perlukan apa-apa, bagitahu aku. Aku akan cuba bantu."
Dia yang dulu dianggap sebagai musuh kini muncul sebagai sahabat. Dalam diam, cinta mula berputik sehingga mereka nekad untuk mengikat hubungan ini dengan ikatan yang suci.
"Aku akan jadikan kau ratu dalam istana yang akan kita bina. Itu janji aku."
Namun takdir sekali lagi seperti tidak ingin dia bahagia tatkala satu rahsia besar terbongkar. Hatinya hancur berkecai bak kaca apabila mendapat tahu satu hakikat yang agak pedih untuk ditelan.
"Dina dengan dia tak boleh berkahwin!"
Dirinya buntu. Luka yang mula sembuh kembali berdarah. Saat itu, dia hanya mampu berserah kepada Yang Maha Kuasa. Mengharap ada sinar selepas gelita.
"Izinkan aku bahagia walau hanya sebentar."
MULA: 7-02-2025
TAMAT:-