Pada 25 Julai 1511, kehidupan Rozana Wardah berubah kacau-bilau apabila Portugis menyerang Melaka, tanah air tercinta yang dibelanya bersama keluarganya. Dalam serangan itu, ayahnya terkorban ketika mempertahankan tanah air, meninggalkan Rozana dengan luka yang dalam dan tanggungjawab besar. Terpaksa menyara dua adiknya, Rozana dikahwinkan dengan seorang bangsawan. Namun, hidup sebagai isteri hanya menambahkan derita dalam hidupnya; dia diperlakukan seperti seorang hamba dan terpaksa menanggung seksaan emosi dan fizikal. Di tengah kesengsaraannya, buat pertama kali, Rozana merasai ketenangan apabila bertemu dengan seorang jejaka asing bernama Alfonso Luz Ribeiro. Alfonso Luz Ribeiro ialah anak kepada Alfonso de Albuquerque, komandan yang mengetuai pasukan Portugis menyerang Melaka. Rozana, yang tidak menyedari latar belakang sebenar Ribeiro, hanya menganggapnya sebagai seorang askar biasa. Seiring waktu, tanpa disedari, benih cinta mulai tumbuh dalam hati mereka berdua. Namun, cinta mereka diuji oleh jurang besar antara mereka-perbezaan bangsa, agama, dan darjat. Di satu sisi, Rozana mula menyayangi Ribeiro, tetapi di sudut hatinya dia dihantui rasa benci kerana Ribeiro adalah anak kepada lelaki yang telah meragut nyawa ayahandanya. Ketika suami Rozana mula menyedari kedekatan mereka, amarahnya meluap hingga dia tega mengurung Rozana di bilik bawah tanah. Alfonso de Albuquerque juga tidak merestui hubungan ini, dan kehadirannya menambah rintangan antara Rozana dan Ribeiro. Ujian demi ujian datang menghalang mereka untuk bersatu, namun cinta mereka tetap teguh, menyala walaupun dalam kegelapan. Dapatkah Rozana dan Ribeiro melawan takdir, menyatukan cinta mereka, dan menggapai kebahagiaan bersama? Atau takdir akan memisahkan mereka buat selamanya?
1 part