PIDANA
  • WpView
    Reads 54
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 3
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, Jun 28, 2023
Negara Civenam telah diserang dengan penularan wabak penyakit yang diberi nama virus R-ES. Para saintis di negara itu telah berjaya menghasilkan penawar ataupun ubat untuk mengubati rakyat Civenam yang dijangkiti virus tersebut, namun sebelum ianya dipasarkan, ia perlulah melalui beberapa proses terlebih dahulu seperti ujian klinikal ke atas sel-sel manusia. Jadi, manusia sukarelawan langsung diperlukan! Selama hampir enam tahun Civenam telah memaksa setiap negeri di bawah naungannya untuk menghantar sukarelawan paksa rela bagi menjalani ujian tersebut. Pada mulanya mereka mahukan orang dewasa saja untuk dijadikan manusia uji kaji itu tetapi, pada tahun yang malang tersebut tiba-tiba saja syarat itu berubah. Mereka mengarahkan pula setiap negeri itu untuk menghantar penyertaan dari golongan umur yang sudah melepasi dua belas tahun ke atas. Budak lelaki bernama Al yang berasal dari negeri paling hujung sekali terpaksa mengikuti ujian tersebut. Kehidupannya terus berubah menjadi huru-hara tatkala dia mengikuti ujian-ujian itu di sana. Hari berganti minggu, Al menjadi semakin tertekan dengan ujian-ujian itu di sana. Tambah pula, cabaran yang mendatang juga semakin lama semakin sukar dan pelbagai persoalan juga mula mengganggu kehidupannya. Adakah semua ini adalah suatu kebetulan ataupun sudah lama dirancang?
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Fight N Fly (Terbitan FP Dis 2020)
  • Bangkit Dari Malapetaka (MxB)
  • Ejen Ali - After The Movie (Versi Melayu)
  • S1 | Mafia Academy ✓
  • Ah Long
  • EA My Sexy Phython Queen(Ejen Ali Fanfiction)Ejen Ali Season 3
  • ✔️FIGHT WITH THE DEATH
  • [TERBIT] Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2
  • 34. The Hunter
  • ✔ ᴄʀᴇꜱᴄᴇɴᴛ +ᴀᴛᴇᴇᴢ

Respons 'Fight or Flight' memberi kuasa kepada seseorang untuk membuat pilihan, sama ada hendak berlawan atau melarikan diri dalam situasi genting. Perkara yang sama diaplikasikan dalam kehidupan seorang Hannah Dania yang suatu ketika dahulu bahagia sehinggalah... Rasa macam dihempap batu meteor dari langit. Pecah berderai semangatnya. Tanpa sedar, dia memilih untuk melarikan diri daripada berjuang melawan penyakitnya; berputus asa mencari senyumannya sendiri. Tak pernah terlintas dalam fikiran Dania yang dia akan tergolong dalam golongan minoriti; dua daripada 100 ribu orang populasi Malaysia yang perlu bertarung dengan penyakit saraf yang menyeksakan itu. "It will... keep coming... and going away... sampai adik mati, umi. When the time comes... I'll be permanently disabled..." - HANNAH DANIA Yang paling ditakutinya, mungkin suatu hari nanti, dia ditakdirkan untuk kehilangan keupayaan fizikalnya yang sekarang. Permanently disable. Layakkah dia untuk mencari kebahagiaannya sendiri? Dengan mengheret sekali orang yang dia sayang, menderita sekali disebabkan penyakitnya yang semakin teruk nanti? TIDAK. Tapi itu bagi Dania. Lain pula bagi Haraz. Kalau sesuatu ujian itu tak dapat dihalang, kenapa nak lari? Lawan bersama-sama. "I logged on into this fight while knowing the possibility of MS strike, kan? Senapang riffle, bazuka, bom, pisau Rambo, parang baba, semua dah siap dah, ready untuk perang." - DANIAL HARAZ Percaturan paling gila yang Haraz lakukan, menjerat mereka ke permainan fizikal dan emosi yang tak pernah sudah. Mampukah dia, Si Tauke Loji Kumbahan mengalahkan Si Jambu Dzariff? Yang paling penting, mampukah permainan ini ditamatkan dalam melawan penyakit Dania? Kisah mereka bukanlah datar monotone seperti orang lain. Kisah mereka penuh dengan adrenaline rush disebabkan prank dan permainan mereka yang tidak berpenghujung. Penuh dengan tangisan. Penuh dengan teka-teki. Roller-coaster ride.

More details
WpActionLinkContent Guidelines