|Sekuel His Love : Ayaaz Mateen | "What was once lost, love has returned." Cinta yang dianggap telah hilang dan pergi telah kembali lagi sekali. Tetapi sering dia persoalkan mengapa hanya cinta dia yang diuji ? Pertemuan dia dengan seorang yang dia anggap telah pergi membuatkan dia tidak percaya adakah ini yang dikatakan takdir. "Baby awak hidup lagi ?" -Ayaaz Mateen "Kau gila ke ? Sejak bila aku mati ?" -Hayla Trisnie Seolah-olah tidak percaya dengan takdir yang Allah aturkan buatnya. Akhirnya kebahagiaan kembali buat dia dan juga anaknya namun semua itu memudarkan senyumannya sebaik sahaja dia mengetahui bahawa isterinya hilang ingatan dan tiada secebis ingatan bahagia pun di dalam ingatan wanita itu. Yang ada hanyalah ingatan yang membuatkan wanita itu trauma. "Saya tak kira ! Saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya jadi tolong berhenti ganggu saya. Saya bukan isteri awak. Isteri awak dah mati !" -Hayla Trisnie "Sayang..." Wanita yang dia kenal itu sudah berubah. Tidak sama lagi dengan Hayla Trisnie yang dia kenal seperti sebelum ini malah hatinya juga lebih keras. Dia tidak tahu apa yang dilalui oleh isterinya itu sehinggakan wanita itu telah menganggap bahawa anak mereka telah tiada. "Kenapa saya tak pernah ingat apa-apa tentang kita Ayaaz ?" -Hayla Trisnie "Sebab dahulu kebahagiaan kita hanya sementara" -Ayaaz Mateen
Karagdagang detalye