Ayam, seringkali bila terdengar perkataan ini, minda kita terus melayang ke arah burung berkaki dua yang menjadi permulaan pagi hari. (Tapi kadang-kadang ada je pernah dengar ayam berkokok luar waktu.)
Ayam, sebuah perkataan yang senang. Sebuah perkataan yang mudah diingati sehinggalah nenek moyang kita sering kali menggunakan nama haiwan ini dalam peribahasa mereka. Kemudian, kita pula mewarisinya hari ini. (Sebagai contoh, ayam tambatan, buta ayam, ajak-ajak ayam dan sebagainya.)
Ayam, oh ayam. Engkaulah analogi terbaik untuk antologi ini kerana antologi ini memaparkan puisi pelbagai rupa dan perisa. (Macam ayam masak kicap, ayam goreng, nasi ayam, rendang ayam, ayam kukus, sate ayam dan lain-lain lagi.)
Ayam, engkaulah inspirasiku! (Sebab Aminah suka lukis ayam tanpa sebab yang spesifik sejak kawan dia ajar cara senang nak lukis ayam yang comel.)
Moga menjadi pembekal di akhirat nanti. Baca lah dengan hati yang lapang dan ikhlas.
Beta bukan sesiapa,
Beta hanya hamba,
Yang ingin askarakan kata,
Dengan pena dan titisan air mata.
Enjoy 💞 Share jika bermanfaat.
[ Dari banyak sumber. ]
#1akhirat
#4dakwah
#4dunia