Medina Ilya, seorang gadis elegant, anak dato' pula tu namun sukar untuk mendapatkan jodoh kerana rata-rata yang meminatinya akan meninggalkannya selepas tahu Medina ada DID, iaitu mempunyai banyak personaliti dalam satu badan. Ada kalanya dia adalah Medina, kadang-kadang bertukar menjadi Syahira, seorang gadis yang sangat lembut bagaikan bidadari, takutkan segala serangga. Esoknya pula tiba-tiba dia menjadi Irdina, seorang budak kecil yang sangat-sangat manja dan innocent. Belum habis Irdina, muncul pula Amira, yang terpaling jahat dan bencikan semua orang namun tidak pula dia terfikir sehingga mahu mencederakan orang. Namun yang paling memeningkan kepala apabila Medina tiba-tiba menjadi Aqil Syahmim pula dan berasa amat geli untuk menyentuh suaminya sendiri. Namun Medina boleh tangkap cinta pula dengan kawan baik dia sendiri setiap kali Aqil keluar. Sakit kepala melayan 5 personaliti. Personaliti Medina pun sudah sakit kepala, nak dilayan personaliti lain lagi. Suami Medina memang tersangat penyabar.