AIDAN NAZHAN x NADIA ATHIRAH Tidak pernah terlintas dalam fikiran Nadia Athirah untuk berkahwin. Namun gara-gara desakan daripada sang ibu yang memintanya kahwin, terpaksa juga dia mencari calon suami. Jika dia tidak jumpa calon suami dalam tempoh yang diberikan, dia perlu berkahwin dengan pilihan ibunya. Tidak! Nadia tak mahu berkahwin dengan lelaki pilihan ibunya. Dia tersangat kenal dengan lelaki pilihan ibunya. Lelaki itu sudah lama dia senarai hitamkan. Semuanya ada sebab! Aidan Nazhan sepatutnya menamatkan zaman bujang bersama gadis yang dia cinta. Namun, semua itu musnah apabila Safira tiba-tiba sahaja tidak mahu berkahwin atas alasan masih belum bersedia. Walhal, majlis pernikahan tinggal beberapa hari saja lagi. Di mana salah Aidan sehinggakan Safira membuat keputusan begitu? Namun, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aidan dan Nadia bertemu di satu insiden. Pertemuan pertama yang tidak membawa apa-apa makna. Namun, setelah Nadia mengetahui Aidan merupakan adik kepada sahabatnya dan lelaki itu tidak jadi berkahwin, tanpa berfikir panjang Nadia terus mengambil peluang itu. "Apa kata awak teruskan majlis nikah tu?"- Nadia Athirah. "Kau gila ke? Kau nak aku nikah sorang-sorang tanpa pengantin perempuan?"- Aidan Nazhan. "Saya kan ada. Biar saya jadi pengantin perempuan awak."- Nadia Athirah Jika Aidan bersetuju untuk meneruskan pernikahan itu, maka dia berjaya melaksanakan cabaran ibunya. Jika sebaliknya, dia perlu meneruskan misinya. Berjayakah Nadia Athirah? "Nama kita... Kalau baca dari belakang pun, tetap akan jadi nama kita juga." Cover book : PutraRize_ Written by : Nasya Nur Start : 27 Jun 2023 End :