'𝓼𝓮𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓳𝓮𝓳𝓪𝓴𝓪 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓲𝓷𝓰𝓲𝓷 𝓶𝓮𝓷𝓬𝓪𝓻𝓲 𝔀𝓪𝓷𝓲𝓽𝓪 𝓾𝓷𝓽𝓾𝓴 𝓭𝓲𝓳𝓪𝓭𝓲𝓴𝓪𝓷 𝓲𝓼𝓽𝓮𝓻𝓲'
Apabila tibanya waktu, mesti kita akan terasa ingin berdirikan rumah tangga kan? Sama seperti Zafreel Lutfian Romano, seorang lelaki yang berasal dari Rome, Itali dan berhijrah ke Malaysia untuk mencari wanita islam bagi menjadi isterinya.
❝Tolong aku cari isteri yang sempurna untuk aku miliki❞ kata Zafreel Lutfian. Bagi dirinya yang tak pernah bercinta dan juga bukan seorang yang mahir akan perempuan, amat sukar untuk Zafreel Lutfian buat keputusan bagi pilihan isteri yang akan berada di sampingnya.
Tetapi, kehadiran seorang wanita yang amat lain dari wanita yang lain, membuatkan perasaan ingin memilikinya membuak dalam diri seorang jejaka paling kacak di Malaysia. Dia akan dapatkan apa sahaja yang dia inginkan.
<333
Tak kira dinegara atau negeri mana, mesti ada seorang wanita yang sangat berbeza dengan wanita lain. Ianya mesti Hannabella Lilyana, wanita yang berperangai kasar dan tidak suka akan lelaki.
❝Untuk hari jadi aku, aku nak kau masuk interview ni❞ kata sahabat Hannabella Lilyana. Dia dipaksa untuk masuk 'Interview Mencari Isteri' oleh sahabatnya. Demi menunaikan permintaan sahabat, Hannabella Lilyana mendaftarkan diri.
Lepas sahaja selesai interview, Hannabella Lilyana diganggu oleh jejaka yang terlalu ingin dia menjadi isteri. Tidak kira hari dan masa, jejaka itu akan ganggu hidup Hannabella Lilyana dimana sahaja.
<333
❝Jadi isteri aku, dan aku akan buatkan dunia ini hanya untuk kau, Bella❞
❝Berikan masa untuk saya berfikir, Zafreel❞
❝There's no time for you, honey. You have no choice because you only can be with me and I have you until forever...❞
Tetapi segalanya berubah saat...
❝Z-zafreel tipu aku?❞
❝Maafkan aku, Bella.. Pulanglah sayang..❞
Adakah sinar bahagia buat mereka?
4th story 🤍
Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia.
Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa.
"Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina
"Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi
"Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina
"No!" - Haris Wafi
"Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina
"Why not?" - Haris Wafi
Haris dan Nisrina,
Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal.
Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu.
Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya.
Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina?
Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka.
"Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina
"But you are my white roses.." - Haris Wafi