Aryan Zihni, nama yang diberi merangkap pangkat Leftenan Komander yang berkhidmat di dalam pasukan elit TLDM, PASKAL. Mempunyai personaliti yang riang pada awalnya dan bertukar serius selepas kematian tunangnya. Seorang gadis yang bertugas sebagai seorang pakar bedah am menjadi penyumbang kepada kemarahan Aryan Zihni. Ego dan dendam yang bertakhta di hati pada pertemuan kali pertama membuahkan pertemuan untuk kali kedua. Dan mungkin, ia akan menjadi pertemuan yang tiada penghujungnya. Namun, permintaan sang ibu membuatkan mereka terpaksa berkahwin tanpa secalit rasa cinta di dalam jiwa masing-masing. Sedikit sebanyak wanita yang bergelar isteri itu menyimpan perasaan terhadapnya. Tetapi perintah Leftenan Komander yang menyuruhnya agar tidak jatuh hati kepadanya membuatkan dia akur dan hanya menyimpan perasaannya jauh dilubuk hati. Perasaan rasa sayang dan rasa cinta yang tidak sempat untuk diluahkan membuatkan mereka menyesal kerana terlalu mengikut ego yang menguasai diri.