Coretan Felise berjaya membawa Cinta ke negara Switzerland. Dan siapa sangka gadis mentah seperti dia berjaya juga menjejak kaki di tempat kelahiran rakan baiknya merangkap penulis terkenal thriller luar negara. "I'll see you when we meet up. Until then, study hard so we can both capture the moment and celebrate that our dreams have come true." Felise. Lama berkawan dengan penulis itu semenjak penulis itu memberanikan diri menulis cerita di aplikasi Wattpad. Dan kerana berkat dorongan Cinta. Felise berjaya meraih top bestseller author anjuran Barnes & Noble. Terpikat dengan kata-kata Felise. Cinta berusaha belajar bersungguh-sungguh. Sehingga dia akhirnya berjaya menyambung pembelajaran di Switzerland dan mendapat kekasih hati. Haziq Iskandar. Dan siapa sangka hasratnya itu. Sedikit demi sedikit membawa Cinta ke satu 'bala'. Dia kehabisan duit! Paling parah dia berjumpa lagi dengan lelaki 'sombong' yang mengelarnya sebagai 'Terrorist'! Dia... Arthur Louise.