Dua nama sahabat yang sering kemana-mana bersama iaitu Alya Nur Deena dan Annie Jasmine. Jika keluar, pasti berdua walaupun sudah cuba diajak orang lain untuk ikut serta. Balik-balik pasti ada pertanyaan, "Kenapa aku asyik tengok muka kau je kalau keluar?" Namun semakin mereka dewasa, masing-masing makin berubah ke arah yang lebih baik dan mula abaikan apa yang negatif dan hanya hidup untuk kejar Rahmat Allah. Tidak seperti Annie, kehidupan Alya dulu tersangat teruk sehinggakan sukar untuk Alya menerima lelaki di dalam hidupnya sehinggalah ada satu mesej didalam Whatsapp yang kata mahu bertaaruf. "Kau cuba jelah dulu! Kata nak kahwin sama-sama?" - Annie Jasmine. "Kalau aku kena pukul, aku lari rumah kau dulu." -Alya. Tidak menyangka, pertemuan di Whatsapp itu beralih ke pertemuan secara terang-terangan dan akhirnya mereka berdua bertunang. Rancangan seterusnya hanyalah nikah namun ujian bertunang ni sangat berat. Dapatkah Alya menempuhnya demi ke jinjang pelamin?All Rights Reserved
1 part