Mikaeyla, dia dikenali sebagai seorang gadis "hodoh" dari keluarga pertengahan, namun begitu dia bukanlah apa yang dilihat. Mencela mukanya dengan mekap tebal semata-mata untuk tidak disatukan dengan lelaki yang berperwatakan seperti bongkah ais, iaitu Tengku Daniel. Tambahan lagi 'tragedi' lalu membuatkan dia nekad untuk menutup wajahnya yang sebenar.
Tengku Daniel, lelaki itu terlalu dingin dan susah untuk dijangka tindakannya. Namun atas permintaan nendanya, Toh Halida untuk menyatukannya dengan Mikaeyla diterima tanpa sebarang bantahan.
Pada awalnya, mengikut perjanjian mereka hanya perlu terikat dalam pertunangan dalam tempoh dua tahun. Namun begitu, Tengku Daniel tiba-tiba mengubah fikirannya dan meminta agar dia dan Mikaeyla dipercepatkan perkahwinan mereka.
Mikaeyla pula mencuba bermacam cara untuk melepaskan diri dari lelaki 'bongkah ais' itu. Baginya, hidup dengan lelaki itu menyesakkan dadanya. Ada sahaja perkara yang dilakukan oleh lelaki itu yang membuatkan dia sakit hati. Mikaeyla hanya insan biasa. Dia ingin hidup dengan aman, harmoni tanpa lelaki itu.
Mikaeyla dan Tengku Daniel sangka mereka tidak akan terjerat dalam suatu perasaan yang dipanggil "CINTA". Lama kelamaan, mereka jatuh cinta sesama sendiri.
"Dua tiga kutu berlari, Mika sayang hubby." - Mikaeyla
"Banyaklah kau punya kutu. Aku bungkus kau, kurier ke Zimbabwe baru tahu." Tengku Daniel
Disebabkan oleh satu tragedi membawa Mikaeyla jauh dari lelaki itu. Dia memohon Tengku Daniel untuk menceraikannya.
"Divorce? Over my dead body!" Ujar Tengku Daniel.
Kehadiran Linda, kakak angkatnya, Farah bekas kekasih Tengku Daniel dan Eusof Andika lelaki yang mengaku 'tunangan' sejak dari kecil merumitkan keadaan. Bermacam usaha dilakukan oleh mereka untuk memisahkan Mikaeyla dan Tengku Daniel. Mikaeyla penat, dia hanya mahu lari jauh dari semua ini.
"Tengku Daniel, you're such a scum!" Mikaeyla
"What did you just call me, beasty?" Tengku Daniel
Publish : 22/10/2023
Complete : -
1st story :)
AMARAN: CERITA NI CRINGE DAN TAMPIL TANPA EDIT!!
Cinta?
Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Bah kan ada dua hati yang hancur hanya kerana cinta.
Ayra Qistina. Dia syukuri nikmat tuhan. Kehidupannya tenang. Tak ada badai. Tak ada ombak. Hanya sekadar lautan yang tenang. Segalanya berakhir hanya dengan satu pertemuan, segalanya berubah. Hatinya hancur. Kepercayaannya musnah. Kad undangan perkahwinan dihulur tanpa ada namanya walhal dia lah yang selama ini menyulam cinta bersama sang pujaan hati.
Arian Daniel. Mungkin benar kata orang perasaan sebegini lebih baik dipendam sendiri. Keputusannya untuk menghantar rombongan meminang untuk si gadis akhirnya menemui titik terendah dalam hidupnya. Pinangan di tolak! Bahkan gadis itu memilih untuk bersama dengan pasangan hidup pilihannya.
Bagi mereka tak ada beza di antara lara dan renjana. Bah kan keduanya sama mengundang luka yang parah malah disulam sengsara. Teruk.
Siapa sangka, lantai takdir tuhan itu indah. Dua hati yang retak ini disatukan dalam satu hubungan yang diredhai. Keduanya saling mengubati. Merawat segala parut lama. Namun, alam perkhawinan tak sering kali indah. Tiang masjid mereka goyah. Antara isteri dan sahabat. Arian bagaikan tersepit di tengah.
"Aku sanggup bermain dengan nyawa manusia hanya untuk dapatkan Arian." -Citra.
"Dan aku sanggup mati untuk orang yang aku sayang." -Arian Daniel.
+pretty cover from izzlawa