⚠️Strictly NO PLAGIATE!!
❗Idea penulis 100%
❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan
Adra Khaisara, seorang tomboy yang membesar dalam suasana kampung. Bersahabat baik dengan seorang lelaki yang agak lembut perwatakannya, Farish Faramy.
Persahabatan yang terjalin sedari kecil terputus di tengah jalan apabila Adra Khaisara mengikuti ibu bapanya berpindah ke bandar. Tiada khabar berita yang kedengaran antara mereka berdua.
7 tahun berlalu, takdir Allah menemukan kembali Adra Khaisara dan Farish Faramy dalam satu pertemuan yang tidak diduga. Mereka kembali menjalin persahabatan yang terputus sebelum ini.
Semuanya berubah apabila tunang Adra Khaisara melarikan diri di hari pernikahan mereka menyebabkan Farish Faramy terpaksa menjadi pengantin bidan terjun demi menyelamatkan maruah keluarga Adra Khaisara.
Adra Khaisara terdesak, hanya Farish Faramy harapannya.
Farish Faramy pula tidak kisah, dia rela menggantikan tempat tunang Adra Khaisara, kerana dia sudah lama mencintai gadis itu sedari dulu.
Walaupun dia yang meminta Farish Faramy menjadi pengantinnya, bolehkah Adra Khaisara menerima Farish Faramy yang sudah dianggap seperti saudara sendiri sebagai suami?