Story cover for 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚
  • WpView
    Reads 2,145,120
  • WpVote
    Votes 87,078
  • WpPart
    Parts 37
  • WpView
    Reads 2,145,120
  • WpVote
    Votes 87,078
  • WpPart
    Parts 37
Complete, First published Aug 05, 2023
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋

Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia.

Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam.

Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah.

"Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋

Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya.

Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah.

"Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀

Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka?

© lvndrella
⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
All Rights Reserved
Sign up to add 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 to your library and receive updates
or
#118romance
Content Guidelines
You may also like
SAYANG, MAAFKAN AKU [C] by amnahsyarim
55 parts Complete Mature
Demi kesempurnaan, Armaya sanggup meninggalkan Zaquan iaitu lelaki yang benar-benar mencintai dirinya. Namun, kesempurnaan yang dicari bertukar derita. Ditinggalkan lelaki yang kononnya sayang padanya. Bukan setakat itu, dia ditinggalkan setelah terlahirnya anak 'luar nikah' di atas bumi ini. Perasaan cinta bertukar dendam. Zaquan mencari jalan untuk menjerat perempuan itu ke dalam perkahwinan. Kesakitan yang ditanggung tidak mampu dileraikan. Lapan tahun hidup diselubungi derita tatkala kekasih hati pergi mengikut lelaki lain. Luka kian berdarah, apabila wanita itu melahirkan anak luar nikah. "Saya rela jadi perempuan simpanan awak asalkan awak bantu saya bayar kos pembedahan jantung Ilman." - Armaya. "Kalau dah pelacur, selamanya pelacur. Anak luar nikah tu sepatutnya mati." - Zaquan. Perkahwinan yang terjalin semata-mata untuk menyelamatkan si anak yang menghidapi penyakit jantung berlubang. Walaupun berstatus luar nikah, dia tetap menyayangi anak itu. Demi kesembuhan si anak, Armaya rela harga dirinya diperjudikan. "Kalau aku nak, kau kena bagi. Lagi satu, jauhkan anak haram tu daripada aku. Jijik!" - Zaquan. "Jika benci di hati masih menebal untuk saya, lepaskan dekat saya. Ilman tak salah," - Armaya. Hubungan yang sedia retak menanti belah bertambah parah dengan sekembalinya lelaki itu. Kembali untuk menuntut si kecil. Armaya terngadah. Zaquan tersenyum. "Aku boleh bagi kau anak yang comel-comel. Serahkan saja anak haram tu pada ayah dia," - Zaquan. Mampukah Armaya menempuh dugaan yang menimpa dirinya? Mampukah Armaya memecahkan dinding kebencian di hati lelaki bergelar suami? Adakah si kecil mampu diselamatkan?
Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️ by msrhzry98_
40 parts Complete
"Dalam ni, ada RM5000. Aku tahu, kau mesti perlukan duit kan? Lagi tengah tengah bulan. Kerja kau senang je. Kau bagi aku maklumat dan kau ikut apa yang aku suruh. Kau akan dapat duit ni, senang kan?" -Khaleel Alee- "Assalammualaikum. Cik, kami terima aduan yang cik berdua-duaan dengan bukan muhrim? Boleh saya masuk?". Tanya seorang lelaki yang memakai jubah berwarna putih dan berserban. "Sarah, how could you? jangan buat macamni, Sarah. Kenapa buat keputusan bodoh macamni? Sarah, saya kenal awak macam mana. Kenapa awak nak kahwin dengan dia? Saya percaya awak takkan buat apa-apa dengan dia".- Ariff Irfan- "Saya minta maaf, Ariff. Bagi awak, mudah. Tidak bagi saya. Kalau awak kata ini takdir pasal hubungan kita. Saya akan cakap ini takdir kita berdua yang antara kita, tiada jodoh". -Sarah Alisha- "Kau gila ke? Aku perangkap dia? Aku?? Kau ingat aku nak sangat tunang kau, tu? Tunang kau yang nak sangat kahwin dengan aku, kan? Jadi? Salah siapa lagi? Salah aku atau tunang kau? Bro, aku taknak pun dia. Pandang dia pun jauh sekali. Dia bukan type aku, tauu. - Sallehzul- Aku tak percaya Sallehzul tak suka aku! Tak mungkin dia boleh berubah sekelip mata! Aku tahu ini semua permainan Sarah! Aku akan membuat perhitungan dengan kau nanti! - Sahara Shazleen- Apa yang kau lihat dari aku, aku tak bahagia yang kau sangka. Hati aku rapuh, saat aku sendirian. Jiwa aku menangis saat aku kehanyutan perasaan. Aku celaru diantara bahagia yang aku terima atau luka yang dicipta. -Sarah Alisha-
Selamanya Cinta {Slow Update} by qiexyy
8 parts Ongoing
Dia.... Meliya Eldaura seorang gadis yang lemah lembut, penyayang dan baik hati namun disebalik sifat lemah lembut penyayang dan sebagainya dia juga gadis yang mempunyai masalah keluarga dan anxiety.Tapi kebaikan yang dilakukan oleh Meliya langsung tidak dihargai oleh keluarga dan juga rakan-rakan sekelilingnya, dia juga merupakan anak yatim, bapanya sudah tiada begitu juga mak kandungnya, namun ada seorang perempuan saja yang setia bersama Meliya, yaitu sahabatnya, Qaseh Ariana. Akibat sifat lemah lembutnya dapat memikat hati-hati jejaka, walaupun begitu tiada satu pun yang dapat mengambil hatinya kecuali lelaki yang dia terlanggar semasa bergegas pergi berjumpa dengan sahabatnya, yaitu Tengku Aaryan Daniel. "Auch!"desis Aaryan sedikit . "E-encik sorry saya tak sengaja,tak tipu!"kata Meliya kelam kebut dan cemas. Aaryan terkedu seketika dengan perkara yang berlaku sebentar tadi, beberapa saat dia kembali sedar "E-eh takpe saya takde sakit apa apa pun" cantiknya perempuan yang ada di depan matanya sekarang ni,macam bidadari . Lega sedikit hatinya apabila lelaki di depannya kata dia tidak apa - apa "Kalau macam tu saya pergi dulu ye encik,maaf sekali lagi" kata ku dengan senyuman dan menundukkan badan sedikit sebagai tanda hormat. "E-eh awak,saya nak tau nama awak boleh?" Setelah Aaryan berkata begitu, pantas dia menutup mulutnya 'aduh macam mana boleh terlepas cakap niii tak pernah seumur hidup aku cakap macam ni kat perempuan buat malu je' kata Aaryan dalam hati. "Meliya Eldaura" kata Meliya sambil memandang Aaryan dengan senyuman yang manis dan terus meninggalkan lelaki itu yang sedang terkedu. "Meliya Eldaura,satu nama yang akan jadi milik aku suatu hari nanti" desis Aaryan dengan senyuman sinis Apa yang akan terjadi selepas itu?Adakah pengakhiran yang baik atau pengakhiran yang buruk?Nak tau baca lah💃
Setelah Kita Bertemu [ TERBIT ] by cikshazee
18 parts Complete
Indah dan bahagia, dua kata itu cukup menggambarkan betapa sempurnanya hidup Airis Qaisya. Namun, satu kejadian yang menimpa telah meragut segala-galanya. Dalam sekelip mata, indah itu lenyap.... bahagia itu ranap. Kakak kembarnya, Alayna Naira, melarikan diri sebelum perkahwinannya bersama Azhar Iskandar. Ayah dan ibunya pula terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa. Belum sempat dia menyapu luka di hati, dia dikejutkan dengan kehadiran seorang bayi perempuan, rupa-rupanya bayi itu adalah anak Naira. Sejak kehadiran Hannan, putaran hidupnya berubah, semakin huru-hara. Ada yang mahu mengambil Hannan daripadanya agar kebajikan anak kecil itu lebih terjaga. Dalam keadaan terdesak, dia perlu mencari calon suami agar tiada siapa pun yang mengganggu hidupnya bersama Hannan. Masalahnya sekarang, siapa yang sudi hendak memperisterikan gadis ting tong sepertinya? "Tolong jadi suami Qaisya! Kahwin dengan Qaisya. Tanpa syarat! Boleh?" - AIRIS QAISYA "Ini kerja gila, Qaisya! Mana mungkin kita kahwin tanpa cinta?" - AZHAR ISKANDAR Mustahil untuk dia menatap wajah Qaisya tanpa memikirkan bekas tunangnya. Tetapi, dia bersimpati dengan nasib Qaisya yang sudah jatuh ditimpa tangga. Akhirnya, mereka bersetuju untuk berkahwin hanya kerana ingin membela nasib Hannan. Ingatkan Naira tidak akan muncul kembali, tetapi kepulangan kakak kembarnya mengeruhkan lagi keadaan. "Kakak tahu kakak dah banyak buat salah. Kakak dah banyak berdosa." -ALAYNA NAIRA Apa yang sebenarnya terjadi pada Naira? Adakah Qaisya akan meninggalkan Azhar agar Naira dapat memperoleh peluang kedua bersama lelaki itu? Layakkah status ini dipertahankan bila cinta itu sudah hilang? Seandainya masa dapat diputar kembali, aku tetap memilih kamu. Menerima kamu apa adanya. Membahagiakanmu sebagai syarat utama kerana di sebalik mata itu, wujud sebuah duka yang perlu dihapus air matanya. Tarikh Terbit: 01.03.2021 RM26.00/RM29.00 (SM/SS) #5 Fajar Pakeer (as at 05.10.2022)
You may also like
Slide 1 of 8
Tak Pernah Berhenti Mencintaimu(completed🌹) cover
SAYANG, MAAFKAN AKU [C] cover
Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️ cover
Lukisan Takdir [C] cover
Selamanya Cinta {Slow Update} cover
Antara Dia & Dia cover
Setelah Kita Bertemu [ TERBIT ] cover
DIA ATAU AKU? cover

Tak Pernah Berhenti Mencintaimu(completed🌹)

53 parts Complete Mature

Mengisarkan penderitaan yang di alami seorang gadis sejak kecil lagi sehingga melonjak ke alam persekolahan dan kemudian meniti gelora arus kehidupan yang semakin mencabar. kebahagiaan yang pastinya diimpikan sekaligus terus meragut maruahnya. bukan sahaja maruah dirinya bahkan hampir menggelapkan masa depannya. Detik hitam itu mengajar hatinya menjadi keras sekeras kerikil. Setelah sekian lama hatinya mati untuk insan bergelar lelaki, mengenali seorang wanita membuatkannya kembali mengenal apa erti cinta, namun hubungan yang terbina tidak menjanjikan kebahagiaan yang berpanjangan. "Iqa, kita getback? "-Fia Humaira "Hati saya tidak semudah itu, Fia."- Zhulaiqa Amana. "Bagi saya satu peluang untuk tebus semula kesilapan saya"-Fia Humaira. " Maaf. Saya tak boleh "- Zhulaiqa Amana. Cinta yang pernah terjalin hancur terlerai dek kerana salah faham yang terjadi. Yang meninggalkan, kembali menagih cinta. Namun yang ditinggalkan suatu ketika dahulu enggan memberi peluang setelah hatinya benar benar terluka meskipun masih ada cinta di hati. " aku cintakan kau, Iqa. " - Azzara "Hah?! "- Zhulaiqa Amana Fia Humaira atau Azzara atau mungkin kah Umar Zhariff ? Siapakah antara mereka yang berjaya mencuri hati Zhulaiqa Amana? Sama sama kita nantikan🌹 Selamat membaca semua🥰 RANKING : #1 - Lessy(9.3.21) #1 - Lessy(15.3.21)