𝐇𝐀𝐍𝐍𝐀𝐇 𝐋𝐢𝐚𝐧𝐚, seorang polis berpangkat detektif yang berdedikasi dan mahir, telah menghabiskan masa bertahun-tahun bekerja tanpa mengira penat lelah untuk mengurangkan jenayah yang terancang di bandar Kuala Lumpur. Ketika dia semakin hampir membongkar sindiket mafia terkenal yang diketuai oleh 𝐌𝐀𝐑𝐓𝐈𝐍𝐎 𝐃𝐞 𝐋𝐮𝐜𝐚 yang penuh teka-teki dan berkuasa, nasib berubah di luar jangkaan.
Berpura-pura menjadi seorang gadis lemah yang mencari perlindungan, Hannah mendapat kepercayaan daripada salah seorang anak buah De Luca. Melaluinya, Hannah secara beransur-ansur memasuki lingkaran dalaman mafia dan menarik perhatian Martino sendiri. Jejaka itu tertarik dengan kecantikan dan karismanya, memutuskan untuk memberi "perlindungan" kepada gadis itu secara peribadi.
Semakin lama Hannah bersama dengan jejaka itu, dua peranannya telah menjadi semakin berbahaya. Gadis itu perlu membuat keputusan sama ada untuk mengutamakan tugasnya sebagai polis atau mengikut kata hatinya, mempertaruhkan segala-galanya untuk hidup bersama Martino. Garis antara betul dan salah menjadi kabur, dan Hannah mendapati dirinya terbelah antara kesetiaan, cinta dan mengejar keadilan.
Hanya kerana jejaka itu berdepan dengan pihak polis, identiti sebenar Hannah terbongkar dalam sekelip mata. Pengakuan demi pengakuan hanya membawa kepada penentangan yang berbahaya antara dia dan Martino. Hannah dibelenggu dengan tindakannya mencuba nasib memujuk jejaka itu. Namun apakan daya, dia hanyalah seorang polis dan Martino adalah ketua dunia gelap. Bagai langit dan bumi, mereka berdua jauh berbeza.
"Tu sei mio, tesoro." - 𝐌𝐚𝐫𝐭𝐢𝐧𝐨 𝐃𝐞 𝐋𝐮𝐜𝐚 -
"Apa tersorok?" - 𝐇𝐚𝐧𝐧𝐚𝐡 𝐋𝐢𝐚𝐧𝐚 -
Mampukah Hannah meraih kembali hati jejaka itu? Adakah Martino akan memaafi gadis itu? Adakah kisah cinta antara HANNAH Liana dan MARTINO De Luca berkekalan?
Romance