TAJUK : DIA... MASIH DI SINI
PENULIS : MIA AZWARI
ISBN NO. : 978-629-7553-08-5
BLURB:
Pertama kali Qaireen bertemu Elman, jantung gadis itu berdegup laju. Dia sangka perasaan itu hanya sekadar suka. Namun saat mereka ditakdirkan bertemu lagi, Qaireen nekad untuk mendapatkan lelaki itu. Tapi tidak bagi Elman. Puas dia mengelak, tetapi bayang gadis itu tetap menghantui hidupnya.
"Ini ke cara awak dapatkan lelaki kaya?"- Elman Firdaus
"Betul. Itulah yang saya buat sekarang. Saya rasa, tuan yang terbaik dalam hidup saya. Tak salah saya mencuba dapatkan tuan." - Qaireen Irsa
Usaha Qaireen membuahkan hasil apabila Elman sendiri melamarnya sebagai isteri. Kebahagiaan yang dibina oleh pasangan itu mula teruji saat hadirnya orang ketiga dalam hidup Qaireen. Lebih menyakitkan hati, rahsia Qaireen terbongkar menyebabkan Elman tak mampu terus hidup di sisi Qaireen.
Saat hubungan suci mereka terlerai, Qaireen seolah-olah baru tersedar daripada mimpi. Dia tak mampu kehilangan Elman. Kehadiran penghuni di dalam rahimnya, membuatkan Qaireen sangat memerlukan lelaki itu.
"Tak boleh ke abang terima Reen demi anak kita? Reen tak nak berpisah dengan abang. Reen nak besarkan anak ni dengan abang."- Qaireen Irsa
"Abang minta maaf. Biarlah hubungan kita kekal begini."- Elman Firdaus
Kehadiran Emir menguatkan semangat Qaireen untuk terus hidup walaupun tanpa Elman di sisi. Namun saat dia sudah mula reda, Elman menjadi milik gadis lain dan satu lagi perkara terbongkar. Dan kebenaran itu bukan saja menyakitkan hati Qaireen, tapi buat Elman juga.
"Kasih sayang abang dan cinta abang... masih ada di sini. Tak kira di mana Reen pergi, Reen akan bawa bersama."- Qaireen
Mampukan cinta Qaireen mengembalikan Elman yang dulu? Dan rahsia apakah yang menjadi punca Elman tidak mampu kembali ke sisi Qaireen?
KAPSYEN :
Jika dia bukan untukku, tolong jauhkan dia daripada hidupku...
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚
Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana.
Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus!
"Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA
Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta.
"Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID
Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri.
"Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID
"Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA
Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul!
Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya.
"Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid."
⚠️ No Plagiarism Allowed