40 parts Ongoing "Meow~meow~" -𝐙𝐈𝐊𝐑𝐈
"Hishhh! Boleh tak jangan kacau saya lagi? Rimaslah! Lagi satu, saya ni bukan kucing! Tak payah nak meow meow dekat saya!" -𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀
"Sorry la kitten, hmm? Punggung kau tu ha, geram aku tengok. Kiri, kanan, kiri, kanan. Macam punggung kucing kalau tengah berjalan. Apa orang panggil? Ha! Catwalk! Grrrrr, meow!" -𝐙𝐈𝐊𝐑𝐈
"LELAKI GILA!!! SAYA BAGITAHU ABANG SAYA!!!" -𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀
𝐌𝐎𝐇𝐀𝐌𝐀𝐃 𝐁𝐀𝐘𝐔 𝐙𝐈𝐊𝐑𝐈,
Sahabat baik kepada Rafael Shakeel Zavfier. Personaliti jejaka itu juga tidak saling tumpah seperti Rafael. Sahabat baiklah katakan. Namun, dia bukanlah seorang mafia seperti sahabatnya itu. Sebaliknya, salah seorang ahli kongsi gelap yang menjalankan pelbagai aktiviti haram di serata negara. Dadah. Arak. Penyeludupan manusia. Senjata haram. Pembunuhan. Itu adalah makanan hariannya.
𝐑𝐀𝐈𝐇𝐀𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐋𝐒𝐀𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐙𝐀𝐅𝐘𝐀𝐇,
Satu-satunya bunga di antara adik beradiknya yang lain. Masih remaja dan muda. Mempunyai raut wajah yang lembut dan cantik seperti ibunya. Tetapi, garang dan comel. Dijaga dan dilindungi ibarat menatang minyak yang penuh oleh abang-abangnya yang lain. Namun, tanpa gadis itu sedari, ada seorang lagi lelaki yang sentiasa 'menjaga dan melindungi' dirinya dari jarak yang jauh.
Berkali-kali Zikri cuba meraih perhatian Raihana dengan pelbagai cara. Bunga, coklat malah emas permata turut ditawarkan kepada gadis itu. Namun, tidak dibalas. Dan akhirnya, dia nekad menculik Raihana dan dibawa pulang ke kurungannya.
Namun, di dalam jagaannya, tidak pernah sekalipun gadis itu dicederakan ataupun dikasari. Dan lama kelamaan, bait-bait cinta mula berputik sehingga satu peristiwa yang merubah segalanya.
"𝐏𝐞𝐫𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢, 𝐢𝐭𝐮 𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢 𝐚𝐤𝐮"