Update; Every Monday, 10 pm | Setiap Hari Isnin, 10 malam.
Adam Afqar, seorang lelaki tampan dan berjaya, memiliki segala-galanya yang diinginkan oleh ramai orang. Namun, di sebalik segala kelebihan itu, dia menyimpan satu kekurangan yang tidak dapat diubah - dia bisu. Sejak lahir, Adam tidak pernah mampu berbicara seperti orang lain, menjadikan dunia komunikasi baginya sangat berbeza.
Zulaikha Aireen pula, seorang gadis yang dibesarkan dalam keluarga yang berpecah belah, hidup dengan ketakutan dan kesulitan untuk mempercayai sesiapa. Namun, segala-galanya berubah apabila mata mereka bertembung. Tanpa diduga, jantungnya mula berdegup kencang. Zulaikha tahu, dia telah jatuh cinta pada Adam - lelaki yang tidak pernah diimpikan untuk dimiliki.
Walaupun mengetahui kekurangan Adam, cinta Zulaikha terhadapnya tidak pernah berkurang, malah semakin mendalam.
Zulaikha Aireen - "Awak kahwin dengan saya."
Adam Afqar - "Awak ni gila ke?"
Walaupun dihalang oleh banyak cabaran, Zulaikha dan Adam percaya bahawa mereka berdua saling melengkapi. Kehidupan mereka dipenuhi dengan kebahagiaan dan harapan meskipun terpaksa menghadapi pelbagai ujian.
Ikuti perjalanan cinta mereka yang penuh liku ini, dari detik pertama pertemuan hingga ke akhir cerita, dalam kisah penuh emosi dan inspirasi.
BTE OFFICIAL COMPLETED
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam nahas kemalangan jalan raya , kereta yang dipandu dalam keadaan mabuk tersasar menghentam ke bahu jalan .
Kini , Tuan Elqar disahkan lumpuh separuh badan . Hidupnya terasa hancur seketika
Puan Sri Nor yang khuatir anaknya bakal jangkau usia 30-an tapi masih belum beristeri tambahan keadaan anaknya yang lumpuh , membuatkannya nekad mencari seorang isteri dari untuk Elqar . Berapa jumlah wang yang diinginkan pasti diberikan dengan syarat gadis itu mampu merawat dan menerima keadaan anaknya .
Eisya gadis miskin yang terdesak bagi mendapatkan wang untuk pembedahan jantung sang adik sanggup berkorban apa sahaja , namun sangkaannya meleset apabila Tuan Elqar enggan menerima dirinya . Hanya diatas kertas dia bergelar isteri kepada Tuan Elqar tapi kenyataannya dia bagai hamba abdi kepada lelaki itu .
" Eisya ! Eisya ! Kau pekak ke ? Aku panggil kau ! Aku nak air ! Hidup kalau menumpang harta orang pandailah jaga diri ! Ni selekeh perempuan kampung ! Tak pandai jaga suami ! "
Eisya hanya diam diri tahan sebak dimarahi suami sendiri .
" Ba - ik tuan ... "
Berlangsung 5 bulan pernikahan rasa cinta dihati Eisya bercambah untuk Tuan Elqar , namun lelaki itu seolah mati rasa dan enggan menerimanya .