Kerana dendam, Hud Yaqeez sanggup mempermainkan hati seorang Nadyne Sairish yang tulus mencintai dia. Rancangan diatur rapi, andai ayah gadis itu tidak bermain api, tidaklah si tedung membalas bisa. "Kau nak jadi girlfriend aku ke tak? Kalau nak, kau cerita tentang hidup kau. Keluarga kau. Senang nanti aku bawa rombongan meminang terus, cik Nadyne." - Hud Yaqeez Nadyne Sairish fikir lelaki itu ikhlas menerima dia setelah dia berusaha bersungguh-sungguh tanpa menyedari si "cobra" mula membelit black mamba yang cukup digeruni. "A... Amore what?" - Nadyne Sairish. "Amorita. Dearly loved, Nadyne." - Hud Yaqeez. Niat ingin menjerut si mangsa tapi Hud Yaqeez tersilap langkah bila dirinya pula yang terjerut. Mustahil untuk dia lepaskan Nadyne Sairish walaupun gadis itu sudah mula menjauhkan diri darinya setelah tembelangnya pecah. "Apa kau cakap ni? Kau nak buat apa pada aku? Hamba abdi kau? Hey, ayah kau yang bunuh mama aku! Sepatutnya aku yang marah! Kau yang patut dijadikan hamba abdi aku!"- Nadyne Sairish. "Now, just you and me. We will love each other till death, Tulip." - Hud Yaqeez Pada akhirnya, dapatkah Hud Yaqeez membalas dendam terhadap Tuan Siddiq sedangkan Tuan Yazmeer juga menjadi punca kehancuran keluarga Nadye Sairish? Masihkah ada cinta buat Hud Yaqeez bila Nadyne Sairish sedar yang hubungan mereka dipenuhi dusta bersulam dendam semata-mata?