Story cover for Take a Chance With Me by horangiepower_
Take a Chance With Me
  • WpView
    Reads 35
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 7
  • WpView
    Reads 35
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 7
Ongoing, First published Aug 15, 2023
Elina, si gadis ceria yang selalu melihat dunia dengan mata penuh harapan. Baginya, kebahagiaan terletak pada hal-hal kecil. Ketawa yang ikhlas, pelukan yang tulus dan janji-janji yang dipercayai. Elina sentiasa percaya bahawa hidup ini indah selagi kita memilih untuk melihatnya begitu.

Namun, langit yang cerah juga boleh diliputi mendung. Tidak semua yang bersinar akan kekal. Kehilangan sentiasa datang tanpa amaran, dan kepercayaan yang pernah utuh kian retak. Langitnya yang dulu cerah, kini berubah kelabu. Dunia yang dulu terasa hangat, kini berubah dingin.

Di tengah luka yang masih berdarah, ada seseorang yang masih tetap berdiri di situ, tanpa janji, tanpa kata-kata manis tapi dengan kehadiran yang tak pernah goyah. Siapa sangka, dalam kekecewaan yang paling dalam, ada sentuhan kecil yang mampu menghidupkan kembali rasa yang hampir mati?

"Take a chance with me, Elina."

Mungkin, dalam hidup ini, kita cuma perlu satu keberanian kecil. Satu langkah. Satu peluang. Tapi beranikah Elina untuk mengambil peluang itu?
All Rights Reserved
Sign up to add Take a Chance With Me to your library and receive updates
or
#593malay
Content Guidelines
You may also like
Hati Yang Tersakiti (Complete)  by lavenderyana
53 parts Complete
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sepupunya. Esok akan menjadi hari paling bahagia untuk dia dan Izz. Kerana esok mereka berdua akan disatukan menjadi sepasang suami isteri. Setelah sekian lama dia menunggu hari esok tiba. "Aah, che ngah. Mengada je Izz tu nak call Leen masa-masa ni. Tak boleh sabar esok ke?" Darleena ketawa dengan usikan sepupunya. "Darleena, sekarang. Izz kata benda penting ni." Riak muka mamanya tidak bergurau. Dia rasa berdebar pula dengan apa yang cuba disampaikan tunangnya. "Ye ada apa Izz?" "Buat apa tu?" Darleena tersenyum. Dia menarik nafas lega. Ternyata panggilan serius yang dikata mama tadi cumalah Izz yang mahu bertanya khabarnya. "Tengah pakai inai. Kenapa call? Kan orang-orang tua ada cakap, tak elok bakal pengantin jumpa atau contact sehari sebelum kawin. Petanda buruk." Dia ketawa, cuba bergurau dengan Izz seperti yang mereka selalu buat. Tapi, gurauannya dibalas dengan tarikan nafas panjang Izz. "Izz? Ada apa?" Dia merasa tidak sedap hati semula. Sepupunya yang mahu mengetahui apa yang dibualkan dipandangnya sepi. "Kita batalkan perkahwinan ni?" "Kenapa?" "Rose dah balik." Mulutnya ternganga sedikit. Dan dengan itu, air matanya jatuh. Sedikit, lama-lama bercucuran. Keadaan menjadi lebih gawat apabila Darleena, gadis malang itu pengsan di malam perkahwinannya. Girls, tak salah jadi 'perigi cari timba'. Cuma, jangan salah pilih timba. Pastikan timba tu yang elok, bukan timba bocor macam ni. P.s : Cerita ni stress, geram, membuatkan korang betul-betul rasa hati yang tersakiti. Sape2 yg tak suka, jangan baca ye. 🤭🤬🤪 P.s lagi: Cerita ni banyak gila imbas kembali, so maybe korang akan rasa pening, yang faham, faham la. Yang tak faham, sorry, saya tak dapat nak ubah cerita ni 😔😣
Luka Yang Tidak Bernama[HIATUS] by qrrrrrrttt
31 parts Ongoing
Dia seorang perempuan yang tidak banyak bicara, tapi matanya selalu seperti sedang menyimpan sesuatu - sesuatu yang tidak dia beritahu sesiapa. Setiap geraknya tenang, terkawal, seolah-olah dia sentiasa tahu ke mana harus melangkah walaupun kadangkala jelas dia sedang meneka-neka arah dalam dirinya sendiri. Senyumannya tidak lebar, tapi cukup untuk menenangkan sesiapa yang memandang. Lelaki itu pula tidak banyak bertanya. Dia jenis yang lebih suka mendengar - kadang diamnya membuat orang ragu sama ada dia betul-betul ada di situ atau sedang hanyut jauh. Tapi bila dia bersuara, suaranya tenang, dalam, dan tidak pernah berlebihan. Tidak cuba menawan, tapi entah kenapa, kehadirannya selalu dirasai. Mereka berdua bukan jenis yang menonjol. Dalam kelompok rakan sebaya, mereka selalunya berada di sisi, bukan di tengah. Tetapi apabila duduk bersama, ada ruang yang tiba-tiba terasa cukup. "Awak rasa..." suara perempuan itu perlahan, jemarinya bermain dengan hujung lengan baju, "kalau kita boleh tahu masa depan... awak nak tahu tak?" Lelaki itu mengangkat kening, tidak menjawab terus. "Kalau tahu, nanti tak ada kejutanlah," jawabnya dan pada akhirnya, senyum nipis di hujung bibir. "Tapi kalau terlalu banyak yang kita tak tahu, kadang-kadang sakit juga." Dia ketawa kecil. "Jadi awak pilih yang mana?" Dia diam sejenak. "Saya pilih untuk tahu cukup sikit sahaja. Supaya kalau jatuh, tak terlalu sakit. Tapi kalau bahagia, tetap terasa penuh." Perempuan itu memandangnya. "Awak tahu, kadang saya rasa awak ni pelik." Lelaki itu tersenyum lebih lebar kali ini. "Dan pelik tu yang buat awak masih sudi duduk sebelah saya sekarang?" Dia berpaling, kononnya tidak mahu mengaku, tapi senyum itu tetap muncul - diam-diam.
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka by Miss_penguinla
10 parts Ongoing
Di sebalik tawa yang lantang dan senyum yang ceria, tersembunyi jiwa yang letih, Harith Zafriel Bin Nazreen, anak sulung dari tujuh beradik, yang tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi 'anak'. Sejak bayi, tubuhnya lemah diserang asma, namun jiwanya dipaksa kuat untuk menanggung retak-retak keluarga yang semakin membesar. Zafriel bukan hanya abang, dia juga pelindung, penghibur, dan peredam api dalam rumah yang selalu bergolak. Ummi dan Abah, dua figura yang disayangi tapi juga menyesakkan. Tegas, bertengkar, saling menyayangi dalam cara yang salah. Ketika hampir bercerai, keputusan seorang adik mengubah haluan keluarga, namun tidak pernah memulihkan trauma Zafriel yang mulai takut akan konflik, dan hidup dalam ketakutan bayangan masa depan yang selalu buruk. Di rumah, dia memaksa dirinya menjadi badut, tertawa lebih kuat daripada luka. Tapi di sekolah, dia jadi senyap, introvert, hanya ingin menjaga air muka Ummi yang juga guru kaunselor di sekolahnya. Dia takut buat silap. Takut merosakkan maruah keluarga. Takut jadi 'beban'. Dan di satu ketika, dia pernah dibuli. Dipermalukan. Dipinggirkan hanya kerana menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika ibu bapa tiada. Tapi seperti biasa-dia diam. Dia redha. Kini, Zafriel sudah 18 tahun. Diterima masuk ke sebuah kolej jauh dari kampung halamannya di Kelantan. Jauh dari suara jeritan, dari beban tanpa rehat, dari wajah-wajah yang disayangi tapi melukainya tanpa sedar. Namun, di tempat baru ini, Zafriel tidak hanya akan menemui pelajaran, dia akan menemui dirinya. Temui luka-luka lama yang belum sembuh. Temui manusia yang mahu mendengar tanpa menghakimi. Temui batas antara pengorbanan dan penghapusan diri. Dan yang paling penting, temui keberanian untuk hidup bukan semata-mata untuk mereka, tetapi juga untuk dirinya sendiri. kisah benar emosi seorang remaja yang terlalu awal menjadi dewasa, perjalanan mencari ruang untuk mencintai diri dalam dunia yang sering lupa bahawa anak sulung juga hanya manusia.
ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA[C] by Hazelnut_choc
63 parts Complete
Orang kata cinta itu indah dan mampu membataskan penglihatan kita jika rasa sayang itu benar-benar berakar umbi pada hati pasangan. Namun, kenapa dia rasa itu semua dusta belaka? Sejak awal, cinta mereka berkalut kesedihan dan kekecewaan. Yang memamah segala erti bahagia dan kasih sayang. Perpisahan yang seorang wanita bernama Erina Sofea dambakan, ianya terlalu perit. Manakala, Nathan atau nama lainnya Nawaf Arzan, seorang lelaki yang yang baru ingin menjelajahi agama itu cuma akur dengan permintaan Erina. Hati lelakinya tercalar apabila wanita itu membuangnya segitu mudah. Masjid yang mereka bina terlalu goyah. Meninggalkan luka yang dalam pada kedua-duanya. Itukah sebenar-benarnya cinta yang manusia sebutkan? Penuh pengorbanan dan penuh keperitan. "Yang terbaik itu adalah perpisahan. Dan tiada lagi istilah rujuk untuk kita. Mahupun jika kita kembali bersama, rasa sakit tu akan terus menyinggah hati masing-masing."-Erina Sofea Nawaf luluh. Perkataan yang terlontar daripada wanita yang dia cintakan amat menyiat hatinya rakus. Puas dia memujuk tetapi dia percaya wanita itu sifatnya lembut. Tampak kukuh walhal rapuh adalah segala makna rasa. Nawaf bersangka baik, jika Erina tidak akan menerimanya sekarang, mungkin nanti dia akan dapat hati Erina sekali lagi setelah dia berusaha gigih. Malangnya, tidak. Hati Erina lebih keras selepas luka-luka yang telah menjadi parut itu menyinggah. "Sayang...apa memang tak ada peluang kedua untuk abang?"-Nawaf Arzan "Tiga tahun. Beri saya tiga tahun untuk cuba terima awak sekali lagi. Tapi...tanpa awak disisi saya. Ingat. Perpisahan kita dah terjadi. Tiada ikatan untuk kita buat masa sekarang...Kalau saya tak mampu terima balik, awak fahamlah."-Erina Sofea Erina terlalu keras walaupun tangannya sendiri turut terluka. Dia sesal. Tetapi masih adakah peluang untuknya bagi memenuhi keinginan untuk putarkan masa kembali apabila bayang Nawaf perlahan-lahan menghilang disebalik tirai kecewa?
You may also like
Slide 1 of 10
THE LAST FLOWER cover
Hati Yang Tersakiti (Complete)  cover
THB [Treat Her Better] cover
IMANI RAFAEL: Our Last Love cover
Luka Yang Tidak Bernama[HIATUS] cover
PAST LOVE cover
DIA MILIKKU ©️ cover
Mr. Headperfect & Ms. Photographer cover
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka cover
ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA[C] cover

THE LAST FLOWER

17 parts Ongoing

kisah ini tentang seorang gadis yang dunia nya penuh dengan keseronokan , hiburan yang membuat kan dia lupa siapa diri dia sebenarnya dia lakukan kerana ingin melupakan kesakitan yang dirasa namun jalan yang dipilih adalah salah...satu hari ada sebuah kejadian yang membuatkan diri nya terpukul seketika dan dari situ dia ingin mencari jalan keluar dan dari situ dia terjumpa seseorg yang dirasakan mampu untuk membawa nya keluar namun kebahagian mereka terjejas kerana sesuatu yang terjadi ....adakah mereka berjaya bahagia hingha akhir atau sebaliknya? adakah mereka sebenarnya memerlukan antara satu sama lain? adakah ini semua hanyalah minpi gadis itu? atau sebaliknya?? nantikann.... sayang....nah( bunga) -?? kenapa awak bagi saya?- gadis ni adalah hadiah yang akan menjadi saksi cinta kita sayang....nanti awak akan beri tapi bukan pada saya namun....diatas...... ALLAHUAKBAR-??? janji saya tetap sama....saya akan menanti.... hah apa tuu hahahah semoga kamu semua bahagia.... ⚠️ semua scene dalam ni banyak makan air mata sila baca dengan tenang yea wahai sahabat ku..... Tarikh mula: 1 may 2025 Habis cerita :