Jannah pernah terheret ke dalam lembah hina demi menyelamatkan Sufiah. Satu-satunya perkara yang paling dia benci, akhirnya menjadi kesukaannya. Dia sudah terpalit dengan dosa yang pernah ibu dan Sufiah lakukan. Pemergian ayah memutarkan hidup Jannah kembali. Dia meninggalkan tempat itu dalam pada dia mengetahui tentang hakikat bahawa dia tidak akan terlepas begitu sahaja. Setiap kelakuan di situ pasti akan ada balasannya. Jannah tekad mahu bertaubat. Dia sedar akan kekotoran dirinya. Tidak terdetik di hati Jannah untuk berdampingan dengan mana-mana lelaki. Namun, kehadiran Rizhan membawa episod baru dalam hidupnya. Puas menolak, Jannah akhirnya akur dengan ketentuan dari Ilahi. Dia diakad oleh Rizhan sebagai isteri di saat ibu mertuanya, Puan Zuraida tidak menerima kisah silamnya. Hidup tak sentiasa diwarnai pelangi. Satu kisah yang terbongkar menjarakkan Rizhan dan Jannah. Jannah diseksa dan dicaci hingga akhirnya dia melarikan diri. Jalan kehidupan mereka berubah apabila Rizhan dan Jannah sekali lagi dipertemukan dalam keadaan Rizhan dan dia yang bukan lagi seperti dulu. Rizhan dalam kehilangan, Jannah pula dalam penolakan. Mampukah Jannah dan Rizhan menggapai kebahagiaan mereka? Cinta Jannah, seindah syurga.