Tajuk: PROFESSIONAL OVERTHINKER
Penulis: Asha Lim
Harga: RM28 / RM31
"Mak dengan Aunty Yana ingat nak satukan Fia dengan anak kedua dia."
Kacak, baik, sopan santun dan mempunyai kerja yang bagus. Itulah kata-kata ibunya, tapi bagi Aafia, lelaki yang mempunyai pakej lengkap sebegini kebiasaannya sudah berpunya.
Bagi Aafia juga, mustahil untuk lelaki berpakej lengkap begitu adalah bujang dan jenis menurut aturan keluarga. Pasti lelaki itu mempunyai kekasih dan pasti ada sebab mengapa Mikhael menerima cadangan ibu bapa mereka.
"Kenapa awak setuju dengan cadangan mak ayah kita?" - Aafia
"Sebab pilihan mak dan ayah sentiasa terbaik." - Mikhael
Minda Aafia penuh dengan syak wasangka dan overthoughts. Walaupun begitu, perkahwinan mereka tetap diteruskan. Aafia mula membuka bab baru sebagai isteri Mikhael. Namun, kemunculan Janna secara tiba-tiba membuka segala seribu satu rahsia yang Aafia simpan rapi.
"Kalau sayang rasa tak selesa, cemburu, atau apa-apa saja yang rasa tak kena dengan sayang, cakap! Cakap! Bukan lari! Tolonglah, sayang, fikirkan perasaan abang juga!" - Mikhael
"Kalau saya luahkan, akan ada yang dengar?" - Aafia
"Ya, akan ada yang dengar." - Mikhael
Bila dua jiwa dan personaliti berbeza bertemu, mampukah mereka mengerti dan memahami satu sama lain?
🍀Untuk melanggan:
https://shopee.com.my/kedaibukudn
http://www.wasap.my/+60132588069
" Villain created by pain. "
Nova Leora
Bekerja sebagai pakar psikiatri. Dengan hasil kejayaannya, dia dinobatkan sebagai pakar psikiatri berjaya. Tugas terbaharunya pula, merawat kesihatan mental Tuan Muda Asher Gabriel kembali normal
Tuan Muda Asher Gabriel
Lelaki kejam tidak berperasaan. Sebelum Leora, ramai sahaja pakar psikiatri yang ditugaskan merawat kesihatan mental dirinya, namun mereka menjadi serik kerana perangai Gabriel yang panas baran
Dengan kehadiran Leora, Gabriel pasti gadis itu juga tidak mampu merawat dirinya.
"Kau takkan berjaya rawat aku." - Asher Gabriel
"Kalau saya berjaya?" - Nova Leora
"Aku akan bagi kau 'penghargaan' terbesar," - Asher Gabriel
Leora dapat membuktikan dirinya berjaya. 'Penghargaan' yang dimaksudkan Gabriel adalah menjadi miliknya.
Leora menolak, membuat Gabriel bertindak kasar padanya. Bala! Bala! Bala!
"Lari, My supernova. Kalau aku dapat tangkap kau, aku kurung sampai bila bila," - Asher Gabriel
"Lepas Gabriel! Lepas!" - Nova Leora
"Tolong aku Nova.. kau seorang je yang faham aku.." - Asher Gabriel
Setiap tindakan Gabriel sekejap kasar, sekejap lembut pada dirinya, membuatkan dia bingung!
Apakah pengakhiran Nova Leora?
psychopath x physiatrist ?