Kau... Pernah tak sesuatu yang pelik jadi dalam hidup kau? Aku pernah, Nak tahu? Semuanya bermula bila aku cuba buat trend Tik tok. Sebagai jurugambar aku memang akan ikut arus video yang jadi trend. Aku cari subjek fotografi yang kena dengan trend itu. And Bingo! Aku jumpa seorang lelaki yang betul-betul berjaya tarik minat aku. Tapi... "Eh, dia hilang?" tidak sampai sesaat selepas aku jatuhkan viewfinder aku, lelaki itu... hilang dari tempat duduknya. Seriau. Dari situ perjalanan hidup aku bertukar di luar nalar. Aku terkedu apabila aku dapat tahu, Di hari yang sama gambar itu ditangkap, di hari itu juga lelaki itu aku jumpa terbaring di atas katil hospital. "Koma sejak dua minggu lepas?Habis siapa yang aku jumpa harini?" Dan kebenaran keluar tidak lama selepas itu. "Kau... Roh?" 'Saya perlukan bantuan awak?' ujar roh itu dalam bahasa isyarat. Boleh ke aku tolong roh dia ni? Apa je orang yang macam aku boleh tolong? Setiap Lensa kamera yang aku pegang ibarat disumpah dan aku boleh nampak roh lelaki itu. Dan siapa sangka, perjalanan untuk menolong roh itu buatkan aku boleh jatuh suka pada roh itu. "KAU TAK FAHAM!" Jiwa aku penat lepas tahu kebenaran dari semuanya, dari sebab aku berjumpa roh itu sehinggalah sebab aku berada di hujung bucu bumbung bangunan. "Terima kasih... Najdee,"Tubuh aku jatuh ke bawah. Lensa kamera aku turut jatuh menghempas bumi. Lensa yang aku sayang, Lensa yang aku hargai dan lensa yang bawa cinta pada aku. Yes,It's a Love Lens Story.