Spin off Gurauan Terindah: 2 HarisXAisyah Tujuh tahun berlalu dengan pantas... Aisyah tak sedar selama ini dia mampu bertahan dengan nyawa kecilnya disisi. Dihurung rasa bersalah yang menggunung di dada. Syukurlah Tuhan masih memberinya nikmat untuk terus bernafas dan menembus kesalahan lama. Membesarkan anak lelakinya seorang diri tanpa susuk suami membuatkan dia rasa kuat. Tipulah kalau dia tidak merindui Haris tapi lelaki itu telah membuangnya jauh termasuklah membuang nyawa kecil milik mereka. Dia tak ralat dan tak goyah. Selagi nyawa dikandung badan, dia tak takut untuk terus kuat demi Harraz. Siapa sangka masa telah berlalu dengan pantas, Haris kembali menuntut haknya. Mengambil pergi nyawa yang menjadi kekuatan Aisyah. Menghukumnya lagi dengan kehadiran isteri Haris menyuruhnya pergi. Kemana dia mahu pergi? Anak yang dia jaga pun dibawa pergi. Haris tak mahu mengalah. Mengungkit setiap kesalahannya sebagai alasan mereka begini. Kata haris, mereka berjumpa untuk menutup cerita mereka tetapi lelaki itu seakan datang membawa derita. Mengambil semua sampai tak satu pun sisa. Adakah cerita ini akan tertutup dengan bahagia atau dengan air mata? Adakah ada sisa untuk Aisyah bertahan untuk bernafas semula? Adakah Haris datang semata-mata untuk luka? ‼️ending dia sedih jadi tak payah minta happy ending‼️ Start:- End:-All Rights Reserved
1 part