"Dalam sebuah pelayaran, tidak semua kapal akan sampai ke destinasi yang diinginkan." Jane koyakkan bungkusan coklat.
"Sebagaimana Columbus yang pada dasarnya hendak mencari India, namun tersesat ke Amerika." Jane masukkan coklat ke dalam mulut.
"Tetapi, sekurang-kurangnya, di dalam perjalanan itu kita masih mampu belajar tentang ilmu-ilmu pelayaran, bagaimana caranya mengetahui arah melalui bintang-bintang, dan apa yang perlu dilakukan saat gelombang datang menyerang."
***
"Untuk tahu segala-galanya tentang saya, kamu harus hidup selama-lamanya bersama saya. Kamu..." Juna menatap gadis itu dalam-dalam. "sudi?"
***
"Sesuatu yang indah pasti akan datang untuk sesiapa yang menunggu dengan sabar. Seperti adanya pelangi setelah hujan, bulan dalam gelapnya malam, dan gembira setelah kesedihan. Betulkan, Nenek?" Jane menatap Nenek, memberi isyarat mata supaya Nenek memujuk Melur.
"Hujan itu rahmat. Malam itu rehat. Kesedihan itu mengajar kita menjadi kuat." Giliran Nenek mengucup ubun-ubun Melur. "Hidup itu perjalanan. Jalani saja. Asal kita simpan Yang Maha Kuat di sini." Nenek tekap telapak tangan pada dada kiri Melur.
***
Barangkali, ini hanya sebuah cerita yang biasa-biasa sahaja. Sebuah cerita yang tidak punya banyak bintang dan pembacanya. Semoga kamu punya masa untuk membaca kisah ini ;)
Ungku Zaril & Suri Aralyn
Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang tidak mengenali Ungku Zaril Bin Ungku Zaki? Semua kenal. Sebut saja nama Ungku Zaril. Menggeletis semua perempuan. Tapi malang beribu kali malang kerana Ungku Zaril sudah mempunyai pilihan hati, Hanis Talia. Tapi setelah beberapa tahun menjalin hubungan cinta dan sudah bertunangan. Siapa saja boleh menyangka yang Hanis akan tinggalkan Ungku Zaril untuk selamanya.
Suri Aralyn ialah seorang perempuan yang sangat kuat. Sejak kecil dia sudah harus berdikari sendiri selepas sahaja Encik Fakrul dan Puan Jasnita meninggal dunia. Tapi tak lama Suri Aralyn tinggal di rumah anak yatim bila dia diangkat menjadi cucu angkat kepada seorang usahawan yang berjaya. Sejak dari situ lah Suri Aralyn telah menaruh hati pada seorang jejaka. Tapi Suri Aralyn tidak mampu untuk melakukan apa-apa bila jejaka itu sudah ada pilihan hatinya sendiri sehingga membuat Suri Aralyn harus pergi jauh dan membawa diri serta hati yang lara.
Start : 10/09/2024
End :