(SINOPSIS)
"Kau datang cukupkan korum je. Penuhi jemputan. Makan, lepas tu balik. Dalam ramai-ramai tu, mustahil orang akan perasan kelibat kau!"
Itu kata Lini. Tapi yang jadi sebaliknya. Dia jadi tumpuan semua tetamu. Termasuklah, Ithnain Akashah! Lelaki yang menjadi punca dia hilangkan diri selama setahun, dari rumah.
"I dengar you nak kahwin lagi." Selepas setahun mereka tak bertegur sapa, ini ayat pertama yang Akashah titipkan untuknya. Mata berbalas renungan.
"Kalau betul pun, apa masalah you?" - Anggun Zea
"You dahagakan belaian I? Kalau nak, kalau teringin, mintak dekat I. Bukan dekat lelaki lain," ucap Akashah, dengan renungan tajam. Nadanya serius.
"You dah gila ke? You lupa, kita dah bercerai?" selar Anggun, geram. Giginya terketap kuat.
Sakit benar hati Anggun! Setahun, dia cuba kuatkan diri. Tapi, semuanya hancur dalam satu malam. Gara-gara Akashah tahu, dia sudah ada Zamarul.
"I dah kata, I nak you semula." Akashah ulang semula niatnya.
"Silalah tepuk sebelah tangan, sampai bila-bila." Hujung bibir Anggun naik tinggi. Senyum sinis.
"Tak kan. Sebab I akan pastikan..." jeda, tangan Anggun dipegang, lalu tapak tangan Anggun ditepuk-tepuk ke tapak tangannya.
"Tangan you akan ikut bertepuk sama," sambung Akashah, seraya menguntum senyum penuh makna.
Anggun ingat, dia akan benarkan Anggun bernikah dengan lelaki lain? No!
'What's mine, is mine!' Itu ikrar Ithnain Akashah.
Dia yang lukakan Anggun, jadi hanya dia yang boleh menjadi ubatnya. Tapi, bila dalam hati Anggun dah tak ada cinta, senang ke Akashah nak pikat janda dia semula?
Dan, apa pula yang akan jadi pada Anggun, bila dudanya itu adalah SEDUCTIVE AKASHAH?
"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffat Rizqullah
"Saya akan tetap tunggu sehingga awak bersedia" - Anggun Lilyann.
Demi kebaikan Anggun, Riffat buat keputusan untuk putuskan hubungan persahabatan mereka. Hati tidak rela tetapi situasi memaksa Riffat menolak cintanya ke tepi.
Seperti janji Anggun, wanita ini terus menanti sambil selesaikan pelajarannya di negara British. Namun, semakin lama Anggun menunggu, semakin jauh jaraknya bersama Riffat.
"Riffat tu dah tak mahu pada kau. Biar aku kenalkan kau dengan sepupu aku, sepupu aku Raja Muda Melaka" - Tengku Sephia Adalyn.
Perjodohan ringkas yang pertemukan Tengku Armada bersama Anggun sedikit sebanyak mengubat kerinduan Anggun terhadap Riffat. Seperti keinginan wanita lain, Tengku Armada lantas memberi kepastian hendak bersama Anggun, membawa Anggun jelajahi kehidupan beraja bersama Tengku Armada.
"Ini bodyguard peribadi Che Puan Anggun, namanya Sarjan Mejar Riffat Rizqullah" - Penasihat Istana.
Pertemuan semula antara Riffat dan Anggun mewujudkan beribu sesalan dalam jiwa Riffat. Perlahan-lahan, rahsia lima tahun lepas terlerai. Saat itu, Anggun di serang delima. Suaminya ada di sebelah sementara jejaka yang pernah dicintai Anggun berada di hadapan mata.
Dapatkah Anggun dan Riffat terus bersikap profesional? Apa rahsia yang Riffat simpan selama lima tahun ini? Bagaimana pula dengan hubungan Anggun bersama anak Raja itu? Dapatkah Tengku Armada terima bahawa isterinya suatu tika dahulu pernah dambakan pengawal peribadi sendiri?