43 parts Complete [ INFINITY LOVE ]
Roses are red,
Iesyraf is cute.
Damn babe,
Just let me kiss you.
Iesyraf Danial. A tearsbreaker. A monster. Hancur hidup sempurnanya tatkala si gadis idaman berkahwin dengan orang lain setelah dia memberi Iesyraf harapan. Sakit yang dia rasa, hanya Allah yang tahu. Semuanya disimpan dalam hati.
Bertemu dengan Ariya Hanania. Seorang gadis yang mencari kebahagiaan. Kaki masih tegak terpacak di muka bumi walaupun takdir sentiasa kejam dengannya.
Di situlah detik hidup mereka bertukar seratus peratus.
"Pandang aku," arah Iesyraf tegas. Telefonnya juga sudah masuk ke dalam poket menunjukkan betapa seriusnya perbualan mereka selepas ini.
"Demi Allah, aku nak jadikan kau isteri aku. Isteri yang akan tegur salah silap aku. Isteri yang aku boleh bimbing ke jalan Allah. Dan sama - sama kita menuju ke syurga. Boleh?"
Hana terkesima. Iesyraf sedang melamar dia ke?
"Yes, I am proposing to you, Ariya Hanania," bagaikan dapat membaca fikiran Hana, Iesyraf bersuara lagi. Dia menguntum senyum yang mempamerkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. "Aku nak kau jadi isteri aku. Boleh? Boleh? Mestilah boleh kan? Kalau kau kata tak boleh pun kau tetap jadi isteri aku," dia ketawa nakal.
"Tapi Iesy..."
"Just let me love you, Hana. You have suffered too much."
Silap Iesyraf kerana terlampau gembira dengan anugerah sementara itu. Barangkali dia lupa kehadiran onak duri dalam setiap bunga cinta. Sangkanya dia telah cukup berhati - hati, namun duri itu disalut racun membunuh.
Iesyraf sentiasa menjadi tearsbreaker Hana, tapi siapa pula tearsbreakernya?
"Ceraikan saya."
"Putus asalah dengan saya."
"Berhenti cintakan saya."
"Anggaplah Ariya Hanania tak pernah wujud dalam hidup awak."
Pelukan Iesyraf terlerai.
Roses are red,
Hana is cute too.
For you who took my sadness away,
Thank you and I love you.
──
No copy paste!
Status : Completed
Start : 1 May 2021
End : 18 September 2021
©issy