Haiqa Qaisara , gadis peramah dan agak petah dalam berkata-kata. Sekali berhujah dan macam ajak debat kalau sembang dengan wanita ini. Namun siapa sangka wanita sempurna dari semua segi ini mempunyai sikap panas baran dan kurang sabar membuatkan ramai orang yang menolak untuk bekerjasama dengan dirinya. Jodoh? Kaum adam juga mengambil tiket untuk cepat-cepat menjauhkan diri jika dijodohkan oleh ibu bapa mereka kerana hal itu. Suatu ketika dimana peristiwa yang dianggap 'tidak sengaja' yang berlaku beberapa kali membuatkan dia terhutang budi kepada 'Si Hero On Time' yang disangkanya Tuhan menghadirkan bidadara dari syurga itu bertukar menjadi 'Makhluk Dari Neraka'. "Terima kasih, Encik hmm?" - Haiqa Qaisara " Tak payah tahu nama aku. Lagipun aku ikhlas bukan kerana jantina kau. Sama-sama tak kasih sebab kasih sayang tak boleh bagi suka-suka hati dekat stranger." - Win Danyl Nouvan Tidak semestinya pandangan pertama melambangkan keperibadian tetap seseorang. Dek kerana benci , makin kerap Tuhan menciptakan bibit-bibit di antara mereka yang membuahkan rasa dan terciptanya memori. "Kerek ! Dahlah muka macam belacan. Aku sumbat dengan tong gas dalam mulut baru tahu !" - Haiqa Qaisara "You're fired . Aku suruh kau jaga dia bukannya ancam dia.You may go" - Mr. Noxious Mr. Noxious , lelaki misteri yang sering menghantar surat di hadapan pintu rumah setiap kali dia pulang dari kerja membuatkan keberanian Haiqa tergugat seratus peratus. Tatkala masalah menimpanya satu persatu di atas bahu dan kepala semakin memberat memikirkan solusi. Lelaki yang digelar 'Makhluk Dari Neraka' itu bertukar karakter dan sentiasa menjadi tangan pertama yang menghulurkan bantuan. "Kenapa nangis?Aku ada buat salah ke? " - Win Danyl Nouvan " Maaf . Terima Kasih sebab banyak membantu." - Haiqa Qaisara Adakah cinta yang membuatkan Win berubah watak? Siapa Mr. Noxious sebenarnya? Adakah dia berniat buruk terhadap Haiqa? Mula: 14/9/23 Sorry if slow update. support <3 Tamat: ?All Rights Reserved
1 part