AISHAH QISTINA:CINTA YANG TERLARANG(OG)
12 Partes Continúa KARYA PERTAMA
Aishah qistina cinta yang terlarang
Setiap hati menyimpan rahsia, setiap pengorbanan membawa harapan.
Aishah Qistina dan Rayyan Zafran dua hati yang dipertemukan dalam takdir yang penuh dugaan. Cinta mereka bukan hanya sekadar rasa, tetapi satu perjuangan menentang batasan keluarga, rahsia silam, dan pengorbanan yang tidak terungkap.
Idris Zafran, abang Aishah, menolak hubungan mereka kerana satu sejarah hitam yang pernah mengikat keluarga mereka dengan keluarga Rayyan. Namun, persahabatan lama antara Idris dan Rayyan membuatkan keadaan semakin rumit. Dalam masa yang sama, Idris sendiri terperangkap dalam kisah cintanya bersama Farah Hana, wanita yang menjadi tempat dia mencari ketenangan.
Di sisi Aishah, Izzara Qistina dan Hawa Hanna sentiasa setia sebagai sahabat. Izzara diam-diam menyimpan perasaan terhadap Rayyan Faliq, kawan baik Rayyan Zafran, manakala Hawa Hanna perlahan-lahan membuka hatinya untuk Aidan Zaharhin, abang kepada Izzara.
Namun, apabila satu demi satu rahsia lama terbongkar, kepercayaan mula goyah. Masa lalu yang disangka telah berlalu mula menghantui mereka kembali. Pengorbanan dan kesetiaan menjadi taruhan adakah mereka mampu bertahan dalam ujian ini? Atau adakah mereka harus melepaskan demi kebahagiaan yang lebih besar?