"Baba tahu kan siapa yang ada dalam hati Izz? Izz takkan boleh terima perempuan selain Hifza," tegas suara Izzar naik seoktaf. "Sampai bila Izz nak hidup dalam bayang-bayang Hifza?" soal Ismail masih mengawal emosinya. Dia tidak mahu api berlawan api. "Izz tak kesah terperangkap dalam dunia mimpi sekalipun, Izz tetap dengan keputusan Izz." Ismail Adnan tidak sanggup melihat isterinya sering kali menangis melihat anak ketiga mereka membuatkan dia menyusun rancangan untuk anaknya melupakan Hifza Yelda dengan mengahwinkan anak lelakinya itu. Tapi nama juga sudah gila bayang, Izzar Naresh berkeras menolak keputusan bapanya dan memilih untuk terus hidup dalam dunianya sendiri. Entah bagaimana kisahnya nanti, berjaya kah Izzar Naresh melupakan Hifza Yelda, bahkan apa sambungan dari surat yang ditulis Hifza Yelda di cerita sebelum ini, Rumah Terakhir? Teruskan membaca untuk tahu kisah Izzar Naresh dan surat-surat yang ditinggalkan Hifza Yelda di Surat Terakhir. Start - 15/9/2023 End -
11 parts