'Boleh tak, untuk sehari saja, abang peluk Khayla, tanpa rasa benci?'
.
Dia seorang lelaki yang kacak, kaya serta murah dengan senyuman. Namanya gah meniti dari bibir ke bibir para cendekiawan dan ternokrat dari segenap empat penjuru dunia. Wanita gilakannya, lelaki juga cemburukannya. Iris mata hazelnya memukau sesiapa saja yang memandang. Pendek kata, sempurna!
Namun, hanya satu kekurangannya. Dia terlalu leka dengan dunia sehingga lupa kepada Sang Pencipta. Itulah Ziyyan Fael.
Gara-gara amanah sang ibu, Fael disatukan dengan Khayla Wafa, seorang gadis yang bertanggungjawab, cantik, setia dan tinggi ilmunya. Tetapi kekurangan besar yang ada pada Khayla membuatkan Fael membencinya, sampai mati!
"Ibu gila ke apa suruh Fael kahwin dengan perempuan bisu tu?" -ZIYYAN FAEL
Tetapi takdir tiada siapa bisa mengubah. Setinggi manapun Fael berkeras, mereka bersatu juga. Tetapi bersyarat.
"Aku setuju kahwin dengan kau, dengan syarat, kau jadi kuli aku." -ZIYYAN FAEL
'Saya terima. Asalkan awak berada di sisi saya, sudah cukup bagi saya.' -KHAYLA WAFA
Sepanjang tempoh itulah, Khayla terima apabila perkahwinannya tidak indah seperti pasangan yang lain. Kebahagiaannya musnah begitu sahaja dek kerana kebencian sang suami yang menggunung. Dia terus bersabar dan bersabar, sehingga waktunya, dia akan berhenti.
"Maafkan Khayla. Khayla gagal jadi isteri yang baik untuk abang. Khayla tak dapat berbual dengan abang, Khayla tak dapat gembirakan abang seperti perempuan lain. Khayla... memang isteri yang teruk, kan?" -DIARI KHAYLA WAFA
Mampukah mereka mengecapi bahagia? Bisakah Khayla meruntuhkan tembok ego Fael yang semakin meninggi? Jika Fael mengetahui kebenarannya suatu hari nanti, adakah dia bisa mendapatkan kasih suaminya, walau seketika cuma?
Started: 1 Mac 2024
Republish: 1 May 2024
End: 3 November 2024
•1st sadromance by ShazMieraa
•READ AT YOUR OWN RISK!!!
Tengku Adriel Iskandar x Nur Aira Fardella.
Bagi Tengku Adriel, kehadiran Nur Aira Fardella adalah salah satu perkara yang terindah pernah berlaku dalam hidupnya. Tipulah andai kata hatinya tidak terpaut dengan gadis polos yang cantik wajah dan sikapnya. Malangnya satu kejadian membuatkan hubungan mereka terputus dan Tengku Adriel membawa diri ke luar negara.
5 tahun telah mengubah seorang Tengku Adriel Iskandar menjadi seorang yang dingin dan coldhearted dan dia kembali ke Malaysia untuk mengambil alih The Legacy Group. Sekali lagi, takdir menyebelahi mereka apabila mereka dipertemukan semula. Manakala Aira menganggap ini sebagai jalannya untuk meraih kemaafan.
"Kahwin dengan saya." - Nur Aira Fardella
"Kau mengandung anak jantan mana sampai desperate nak jadikan aku pak sanggup?!" -Tengku Adriel Iskandar
Akhirnya mereka berkahwin untuk menyelamatkan Aira dari rancangan jahat seseorang. Dalam tempoh perkahwinan mereka, satu persatu kebenaran terungkai termasuklah kejadian hitam yang menimpa Aira 15 tahun yang lalu.
Disaat kebahagiaan mula menjengah, ujian rumahtangga mereka datang bertubi sehingga Aira jatuh dititik paling bawah namun Tengku Adriel masih setia disisinya.
Dan disinilah sisi protective Tengku Adriel Iskandar keluar.
"Kuat untuk abang, sayang. Demi Allah, abang terima segala kekurangan sayang. Bidadari abang tetap yang sempurna di mata abang. Because you are My Dearest Destiny."