HANYA INGIN KAU TAHU (COMPLETED)
  • Reads 392,735
  • Votes 29,417
  • Parts 41
  • Reads 392,735
  • Votes 29,417
  • Parts 41
Complete, First published Sep 16, 2023
4th story 🤍

Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia.

Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa.

"Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina

"Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi

"Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina

"No!" - Haris Wafi

"Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina

"Why not?" - Haris Wafi

Haris dan Nisrina, 
Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal.

Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu.

Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya.

Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina? 

Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka.

"Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina

"But you are my white roses.." - Haris Wafi
All Rights Reserved
Sign up to add HANYA INGIN KAU TAHU (COMPLETED) to your library and receive updates
or
#828marriage
Content Guidelines
You may also like
Adakah Masih Ada Kita (Completed) by AinaNabilaAzman
33 parts Complete
"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti seketika apabila sang suami pergi membawa diri tanpa sebarang kata sambil meninggalkan sang isteri yang baru sahaja ingin merasai kebahagiaan mahligai cinta. Perkahwinan yang baru berusia dua bulan ketika itu telah menjadi usang setelah mereka terpisah. Namun takdir kembali menemukan mereka sebagai rakan sekerja di Pantai Kasih Medical Centre. Bekerja dengan seorang lelaki bergelar suami tidak semudah dan seindah yang disangka lebih-lebih lagi apabila sudah bertahun-tahun terpisah. "Salah ke bila seorang suami cemburu dan marah bila ada lelaki lain cuba untuk pikat hati isteri dia walaupun isteri dia berdingin dengan suaminya sendiri?" - DR RAYYAN HAFEEZ. "Istilah kita tu dah tak wujud sejak I bertekad untuk tak kejar cinta you lagi. Lama I tunggu suami I tapi sekali pun dia tak pernah balik. Jadi you rasa sekarang ni masih ada lagi ke 'kita' dalam hubungan ni?" - DR MAWAR ELENA. Namun satu peristiwa berlaku antara mereka. Dr Mawar Elena kemalangan sehingga dia tidak mampu berjalan semula. "Kalau you sembuhkan kaki ini dan barulah kita akan kembali bahagia bersama." - DR MAWAR ELENA. Ke manakah penghujung perang cinta mereka ini? Sanggupkah mereka berpisah sekali lagi? Bolehkah kebahagiaan mereka datang menjelma kembali? Masihkah ada cinta dan ruang untuk Dr Rayyan Hafeez? ADAKAH MASIH ADA KITA
SOFEA by itswynaa
34 parts Complete
[Completed] Sebuah sekuel Isteri Seorang Tentera. "Oh ya, ini suami I, Harraz." Pertemuan Sofea dengan suami Julia yang mirip dengan suaminya membuatkan dia tak senang duduk. Bukan sahaja wajah yang sama, rambut, mata, bentuk wajah, badan dan ketinggian, semuanya sama! Sebagai seorang isteri, pasti lah dia amat mengenali suami sendiri. Persoalannya, adakah Harraz itu benar-benar Hariz? Atau hanya pelanduk dua serupa? Mustahil. Dia sering ingatkan diri dia bahawa suaminya telah lama tiada. Dia tak boleh terus berharap. Hariz sudah lama meninggal dan tak akan pernah bangun lagi. "Macam mana awak boleh kenal Julia?" - SOFEA ADRIEANA "Entah." - HARRAZ Hari demi hari, Harraz berkelakuan pelik. Lelaki itu bagaikan bingung dengan segalanya. Daripada mata lelaki itu juga, langsung tiada bait-bait cinta apabila dia memandang Julia selaku isterinya. Dari masa ke masa, mereka semakin rapat. Semakin banyak persamaan Harraz dan Hariz. Nak kata kembar, Hariz tak pernah menceritakan apa-apa tentang kembarnya. Mungkin dia tak ada kembar? Pelanduk dua serupa. Namun hatinya tetap kuat menyatakan bahawa Harraz itu ialah Hariz, suaminya. "Cuba selak rambut awak." - SOFEA ADRIEANA Adakah Harraz benar-benar suaminya? Jika benar, kubur itu kubur siapa? Dan jika tidak, maka benarlah Harraz hanya pelanduk dua serupa. "Kalau Pia dah tak ada nanti, jangan sedih tau. Pia bukannya pergi sebab Pia sakit, tapi Pia pergi sebab Pia rindu suami dan anak Pia." ⋆౨ৎ˚⟡˖ ࣪ PLAGIAT DILARANG KERAS ‼️ ©wynakim
You may also like
Slide 1 of 10
Tuan Inspektor Sebelah Rumah cover
YoU Are NOT Mine. (Completed☑️) cover
Adakah Masih Ada Kita (Completed) cover
SEPARUH NYAWAKU PERGI - OG cover
Khilaf Semalam cover
Mawar yang terluka cover
Beautiful Path ✔ cover
SOFEA cover
Cinta SepertiNya cover
Let It Rain (Complete) cover

Tuan Inspektor Sebelah Rumah

19 parts Ongoing

Dimalukan ketika di bangku sekolah membuatkan DEWI ARLISA bersikap dingin terhadap AHMAD BARIZ AL-HAQ. Pantang nampak muka Haq, pasti Dewi akan hadiahkan jelingan setajam mata pisau untuk lelaki itu. "Kenapa kau tak suka aku?" - HAQ. "Sebab kau annoying." - DEWI. Di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah, Haq merupakan satu figura yang komited dengan kerjanya sebagai seorang pegawai kanan polis di bahagian Jabatan Siasatan Jenayah. Tetapi apabila di luar pejabat, Haq merupakan anak jiran sebelah rumah yang sering kali menganggu ketenteraman hidup Dewi. "Kau ni tak ada kerja, eh?" - DEWI. "Kerja aku tak pernah nak habis. Tapi, kacau kau pun salah satu kerja aku juga," - HAQ. Bila sering bergaduh mulut, tanpa sedar hati Dewi mula terusik dengan setiap layanan Haq padanya. Namun, cepat-cepat Dewi menepis rasa yang tiba-tiba datang menyinggah itu. Mustahil dia sukakan Haq yang selalu saja menyakitkan hatinya! Ketika hati sudah begitu mencintai, Haq tiba-tiba menyatakan hasratnya untuk melamar Inspektor Asyura. Hati Dewi terluka. Kenapa Haq tega mempermainkan hatinya? Kalau saja dia tahu mencintai Haq akan sesakit ini seharusnya dari dulu lagi dia akan kekal melayani Haq dengan dingin. Dewi pasrah dalam kecewa. Mungkin sampai bila-bila pun, lelaki itu akan kekal menjadi tuan inspektor sebelah rumahnya.