"Kalau awak balik tempat asal awak nanti, awak akan ingat saya tak?" - Elena Sofia
"Kalau awak masih pakai rantai tu, saya takkan lupa." - Ezequeil Dimitri Volkov
"Kalau awak lupa?" - Elena Sofia
"Saya takkan lupa. Janji." - Ezequeil Dimitri Volkov
------
Elena Sofiaγ ‘ gadis yang membesar dalam kepayahan, tegas tapi berhati lembut. Baran tapi masih ada kelembutan bersamanya. Dia membenci kemewahan kerana terlalu sering melihat dunia dari sisi deritanya sendiri. Tapi ada satu kenangan yang masih melekat-seorang budak lelaki, sebuah janji, dan seutas rantai bulan sabit yang dia masih simpan hingga hari ini.
Di seberang dunia, nama ππ‘πππ¨π° digeruni dalam senarai kriminal elit Rusia. Tapi apabila dia kembali ke Malaysia, dia hanya menggunakan nama yang dikenali sebagai Ezequeilγ ‘ seorang CEO muda berprofil tinggi, dingin, kacak, penuh rahsia dan licik menyembunyikan identiti sebenarnya. Tapi ada satu perkara yang dia tak mampu sembunyikan-rindunya pada satu nama: Elena.
Apabila takdir mempertemukan mereka kembali dalam keadaan yang tak dijangka, perasaan lama mula bergema. Tapi antara rahsia kelam dan luka lama, mampukah dua jiwa yang pernah bersatu kembali bertaut... atau akan hancur sekali lagi?
-----