Story cover for 𝚃𝚎𝚛𝚕𝚞𝚔𝚊 𝙺𝚎𝚛𝚊𝚗𝚊 𝙴𝚗𝚌𝚒𝚔 𝙿𝚞𝚙𝚙𝚢(𝚜𝚞) by AniqSafuan
𝚃𝚎𝚛𝚕𝚞𝚔𝚊 𝙺𝚎𝚛𝚊𝚗𝚊 𝙴𝚗𝚌𝚒𝚔 𝙿𝚞𝚙𝚙𝚢(𝚜𝚞)
  • WpView
    Reads 343
  • WpVote
    Votes 165
  • WpPart
    Parts 10
  • WpView
    Reads 343
  • WpVote
    Votes 165
  • WpPart
    Parts 10
Ongoing, First published Sep 17, 2023
Quivia Deanna, gadis yang hidup dalam bayang-bayang kakaknya, Ika Deandra, terpaksa memendam cinta kepada lelaki yang dia gelar 'Encik Puppy', Tengku Danish Harraz, seorang lelaki yang sejak dulu menjadi pujaan hatinya. Namun, cinta itu terlarang kerana lelaki itu ialah tunang kepada kakaknya sendiri.

Namun takdir Tuhan tiada siapa mampu duga.

Pada hari pernikahan, Ika Deandra melarikan diri ke Amerika bersama kekasih gelapnya. Demi menutup aib keluarga, Quivia diminta menggantikan tempat kakaknya di pelaminan, untuk menjadi isteri kepada lelaki yang tidak pernah menyedari kehadiran dirinya.

"Jangan harap saya akan jatuh cinta pada awak." ~Tengku Danish~

Walau hatinya remuk, Quivia tetap cuba menjadi isteri yang baik. Namun, hidup bersama lelaki yang mencintai wanita lain adalah luka yang tak pernah sembuh. Tambah parah apabila Ika pulang dan cuba merebut kembali Danish, tanpa rasa bersalah.

Quivia memilih untuk melepaskan, lalu membawa diri ke luar negara. Tanpa pengetahuan Danish, dia sedang mengandungkan zuriat mereka.

Di Korea Selatan, Quivia bertemu Farish Hakimi yang merupakan lelaki berhati lembut yang menawarkan perlindungan dan kasih buat dirinya dan anak yang bakal lahir.

"Saya tak minta awak lupakan dia. Tapi izinkan saya mencintai awak dengan cara saya." ~Farish Hakimi~

Namun luka lama tak mudah hilang. Ketika Quivia akhirnya menemui kebahagiaan, Danish muncul kembali... kali ini bukan sebagai bekas suami, tetapi sebagai lelaki yang mula menyedari siapa yang benar-benar mencintainya sejak awal.
All Rights Reserved
Sign up to add 𝚃𝚎𝚛𝚕𝚞𝚔𝚊 𝙺𝚎𝚛𝚊𝚗𝚊 𝙴𝚗𝚌𝚒𝚔 𝙿𝚞𝚙𝚙𝚢(𝚜𝚞) to your library and receive updates
or
#6encik
Content Guidelines
You may also like
WANITA KESAYANGAN TENGKU ( TERBIT) by syaff_eyka_21
28 parts Complete
Farah Husna, dirinya seringkali digambarkan sebagai watak antogonist oleh orang yang tidak mengenali dirinya. Berbekalkan wajah yang rupawan, mudah sekali untuk dia mendapat lelaki yang dia mahu. Tidak kira muda ataupun tua, semua lelaki tertarik untuk mendekati dirinya. Kecuaian yang dilakukan oleh Farah Husna menyebabkan dirinya terikat dengan seorang Tengku yang sombong dan angkuh. "Kenapa kau senyum? Betulkan apa yang aku cakap? Perempuan sundal macam kau ni, sanggup lakukan apa saja untuk pikat lelaki kaya walaupun maruah diri terpaksa dicampak dalam loji najis." TENGKU ADAM. "Betullah tu, memang aku ni perempuan sundal, tapi untuk pengetahuan kau, aku tak bodoh yang bodoh tu kau. Tengok perempuan ni dapat siapa? Tengku. Tengku ni dapat siapa? Sundal." FARAH HUSNA. Sayangnya apabila mereka mula cuba untuk memahami satu sama lain, muncul Sheila Shaqilla yang nekad untuk merebut cinta hatinya semula. "Aku just nak bagi warning dekat kau, Am tu milik aku. Kau jangan fikir kau ada peluang nak ambik hak aku." SHEILA SHAQILLA. "Eh kalau kau nak kau ambil. Ambil sekarang! Kau ingat aku kisah? Pasal lelaki pun lebih-lebih." FARAH HUSNA. Kisah cinta bak cerita dongeng itu akhirnya hancur jua apabila fitnah dilemparkan dan kepercayaan yang mula goyah. Ketika kebenaran perlahan-lahan terungkai untuk mereka membetulkan semula keadaan, muncul pula jejaka-jejaka dari masa lampau yang ingin mengubati luka di hati Farah Husna. "Aku masih sayang kau Una." TENGKU ADAM. "Dengan izin Allah Una, saya tetap akan tunggu awak." MOHAMMAD IRFAN. "Kau doakan lah aku bahagia dengan Una." MEGAT FARID. Jadi siapakah yang akan Farah Husna pilih sebagai teman sehidup semati? Tengku Adam, bekas suaminya, Mohamad Irfan, teman baiknya sejak kecil atau Megat Farid yang merupakan pujaan hatinya sejak di Universiti.
AMORIST  by CHWNAILEE
32 parts Complete Mature
Tiada siapa pernah menyangka dengan siapa mereka bertemu di masa hadapan. Begitu juga dengan Ava Illythia Dahlia. "Encik dengar suara saya? Encik tak mati kan?"-AVA ILLYTHIA DAHLIA Kisah pertemuan mereka tidak dirancang dan semua itu sudah termaktub di dalam takdir milik si Ava. "Tengah hari nanti ada keluarga orang kaya nak lamar Ava"-REDZA Benda itu berlaku secara tiba-tiba tanpa dipinta, Ava yang sememangnya tidak mahu berkhawin dan rasa ingin membujang sehingga ketua. Namun matlamatnya hancur, tidak tercapai. "Tapi, awak tak kenal saya. Saya tak kenal awak, awak rasa benda ni berhasil ke? Kita tak kenal each other"-AVA ILLYTHIA DAHLIA "Untuk tu saya takda jawapan. Saya terima awak dengan hati yang terbuka. Saya akan terima segala kekurangan awak, semua!"-ZIL ANAQI HARITH Ava benar-benar berharap jejaka itu berubah fikiran agar dia dapat meneruskan matlamatnya untuk menjadi single sepanjang hayat. Namun, sesuatu berlaku secara tiba-tiba di mana Ava sudah mencintai lelaki itu dengan sepenuh hatinya. "Aku akan bertanggungjawab di atas apa yang abang aku buat. Biar aku yang khawin dengan kau. Aku sanggup" -QAI NAZFI IZRAF "Saya tak pernah anggap pun kita suami isteri. Saya anggap kita ni takda apa-apa pun, tolongla jangan sentuh barang-barang saya dan saya harap Encik simpan rahsia tu"-AVA ILLYTHIA DAHLIA Walaubagaimanapun lelaki bernama Qai itu cuba memperlakukan Ava dengan baik namun Ava masih belum mengundurkan diri dari mencintai Zil. "Ava bukannya nak khawin dengan dia pun. Khawin sebab terpaksa je!"-AVA ILLYTHIA DAHLIA Cerita mereka tidak terhenti disitu. Kadangkala pengakhiran cerita adalah juga suatu permulaan baharu. Adakah mereka akan kekal bersama? -AMORIST
𝐄𝐍𝐆𝐊𝐀𝐔 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈𝐊𝐔 by lynmaisara
24 parts Ongoing
Harraz Mikhael seorang lelaki yang bergelumang dalam dunia penuh dosa. Pemerdagangan manusia yang dilakukan oleh lelaki itu telah memerangkapnya dalam dunia yang tidak ingin dia berada. Dunia bagai terhenti saat dia mengetahui Hanna Kayla, perempuan yang dia cinta sejak dulu akan menjadi mangsa pemerdagangan yang seterusnya. Langkah berani harus diambil untuk lindungi wanita itu. Kahwin. Walaupun dia tahu ianya berisiko tinggi tapi demi menyelamatkan gadis itu, hanya itu lah jalannya Start with... "Aku cakap kahwin dengan aku, kahwin jelah dengan aku. Susah sangat?" "Siapa nak kahwin dengan awak? Awak boleh kahwin dengan monyet." "Baik aku kahwin dengan kau boleh tambah umat nabi Muhammad." But end with.. "Aku akan lindungi engkau selagi aku bernyawa." "Harraz!" Terpercik darah pekat berwarna merah di wajah Hanna. Harraz rebah di pangkuannya.. Empangan air mata milik Hanna pecah melihat darah yang ada di dada suaminya. •Kebahagiaan sementara •mempertaruhkan sebuah nyawa •rahsia yang disembunyikan disebalik perkahwinan itu •penyembunyian identiti sebenar keluarga itu •Jawapan yang dicari •Rahsia terbesar Harraz Mikhael •Wujudkah kebahagiaan di akhirnya? 𝓘 𝔀𝓲𝓵𝓵 𝓵𝓸𝓿𝓮 𝔂𝓸𝓾 𝓽𝓲𝓵𝓵 𝓭𝓮𝓪𝓽𝓱. 𝓐𝓴𝓾 𝓪𝓴𝓪𝓷 𝓵𝓲𝓷𝓭𝓾𝓷𝓰𝓲 𝓮𝓷𝓰𝓴𝓪𝓾 𝓼𝓮𝓵𝓪𝓰𝓲 𝓪𝓴𝓾 𝓫𝓮𝓻𝓷𝔂𝓪𝔀𝓪. 𝘊𝘰𝘷𝘦𝘳 𝘣𝘺 𝘮𝘺𝘴𝘦𝘭𝘧 ♡
You may also like
Slide 1 of 8
CEO FAMILY cover
MR. SPLIT [EDITING] cover
Faris's  cover
ᴋᴜᴘɪʟɪʜ ʜᴀᴛɪᴍᴜ cover
WANITA KESAYANGAN TENGKU ( TERBIT) cover
AMORIST  cover
𝐄𝐍𝐆𝐊𝐀𝐔 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈𝐊𝐔 cover
Engkau Milik Aku cover

CEO FAMILY

72 parts Complete

Tengku Fariz Rizky seorang yang peramah dan baik manakala tengku Daniel adalah seorang yang sombong dan beku.. tengku Daniel mula menyukai tengah Fariz sejak terserempak di lif di sebuah syarikat Tengku Fariz.. Mika iaitu anak angkat kepada Tengku Daniel tak sengaja memanggil Fariz ialah mama. Sejak dari situ Fariz tak boleh berjauhan dengan Mika. Dan sejak itu juga cinta antara Fariz dan Daniel mengembang dan mereka menjadi pasangan yang bahagia. TERIMA KASIH SEBAB MEMBACA CERITA NI DAN APA² PUN ENJOY THIS STORY..