Medusa seorang gadis yang merasakan dirinya biasa, tapi sebenarnya sangat luar biasa di mata manusia lain yang melihatnya. Kecantikan dia hingga menarik perhatian seorang raja muda bernama King Damen yang ketika itu baru aje berkahwin dengan permaisurinya, MInerva.
Saat King Damen menyatakan hasrat untuk memperisterikan Medusa, Minerva hanya mampu bersetuju dan mencarik senyuman nipis walaupun hatinya meronta-ronta. Isteri mana aje yang rela bila suami nak berbagi hati? Tapi dia terpaksa telan keinginan King Damen.
"I want you to come to my castle in the next three days. Saya akan hantar seseorang untuk menjemput awak," tegas King Damen.
Permintaan seorang raja, sangat sukar hendak ditolak untuk orang kebanyakan seperti Medusa.
Tak disangka, perlawaan untuk ke istana adalah untuk lamaran King Damen buat Medusa.
"Will you marry me, Medusa?" soal King Damen.
"I'm only 17."
"That is not an excuse. Girls in Tennera are obligated to get married when they reach their age of maturity, which is fifteen." King Damen senyum nipis.
Berat hati nak menolak lamaran King Damen, tapi tak ringan juga untuk menerimanya.
"I'm not ready." Alasan Medusa.
"Baik. Saya akan melamar semula bila awak berumur 18 tahun. You can't marry any man, you can't love any guy, except me." King Damen masih dengan kepala batunya.
Sudah semestinya perkahwinan ini tidak direstui Minerva, tapi apa yang permaisuri itu mampu lakukan?
Tak lama selepas berkahwin dengan King Damen, Zylon yakni adik kepada Minerva datang berkunjung untuk melawat kakaknya. Tapi raut wajah Medusa menjadi daya penariknya.
Di situ aje Minerva sudah ligat mencari jalan untuk menyisihkan Medusa dari hidup King Damen.
"Kau takut dengan Medusa?"
"Bukan aku takut, but she's getting in my way. Perlahan-lahan dia akan rampas semua hak aku. I can't let her. All these are mine. And will always be mine."
Will it be yours, Minerva?
﷽
Cover by: @PutraRize_
- SYUHADAH 6th BOOK
15 tahun telah berlalu. Perintah gencatan senjata juga sudah tamat. Ia menimbulkan keseronokan pada pemerintah Jentayu Emas, King Alex.
Pembesar-pembesar Gapura Ilmi mula mengatur strategi bagi memastikan tentera Jentayu Emas tidak berani untuk membuat kerosakan di bumi Kutub khanah dunia itu.
Bermula pada hari pertama perintah gencatan senjata itu tamat, seluruh Gapura Ilmi dikawal ketat. Sempadan negara ditutup. Pasukan-pasukan tentera elit diarahkan berjaga di perairan dan sempadan sebagai persediaan untuk segala kemungkinan.
Firaz juga tidak terkecuali. Namun, disebabkan dia seorang anggota komando, dia telah dipilih untuk mengetuai pasukan keselamatan di bahagian sempadan.
Terpaksa meninggalkan keluarga. Duduk di kawasan berbahaya - bagai menunggu ajal menjemput pulang bertemu dengan-Nya.
Lama-kelamaan, Jentayu Emas semakin bermaharajalela. Kemusnahan berlaku di merata tempat. Dentuman bom menghiasi ruang atmosfera negara itu. Butir-butir peluru menghujani udarakasa - mencari tubuh untuk meragut nyawa.
Mayat-mayat insan tidak bersalah bergelimpangan. Ia membuatkan Firaz terus mengerah sisa tenaganya untuk membela agama dan negara tercinta.
"Kau yang tak reti jaga dia!"
"Sekarang pilih, hidup atau mati?"
"Biar sayap patah tak tumbuh, asal jiwa masih berdiri teguh."
Terimalah, LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN 2.
- Watak-watak dan latar tempat di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
START: 23 JUN 2024
END: